,

Drama Monalisa (Astro Prima)

December 15, 2017

Drama Monalisa

Nantikan drama bersiri Mona Lisa adaptasi daripada drama Korea berjudul 'Two Women's Room'. Menampilkan gandingan pelakon Zara Zya, Mona Allen, Nazim Othman, dan Hafreez Adam. Drama rantaian 80 episod arahan Shahrulezad Mohameddin. Akan menemui penonton pada bulan Februari tahun 2018 menesrusi slot Tiara di saluran Astro Prima dan Maya HD. 

JUDUL : MONALISA
TARIKH TAYANGAN : Februari 2018
SIARAN : Slot Tiara (Astro Prima 105 & Maya HD 135)
PENGARAH : Shahrulezad Mohameddin
TERBITAN : Radius One Sdn Bhd
PELAKON : Zara Zya, Mona Allen, Nazim Othman, Hafreez Adam, Amyza Aznan, Roy Azman, Shahriza Mahmud, Fatin Nur Afifah

WATAK PELAKON 
Zara Zya sebagai Melissa
Mona Allen sebagai Ramona 
Nazim Othman sebagai Johan 
Hafreez Adam sebagai Adam Hakim

SINOPSIS MONALISA
Kisah Melissa seorang pewaris hotel terkenal. Melissa mempunyai hubungan romantik dengan Johan yang juga merupakan pengurus hotel tersebut. Kehidupannya berubah apabila berkawan dengan Ramona yang cemburu akan kemewahan yang dimilikinya. Ramona merancang untuk mengambil segalanya milik Melissa termasuklah teman lelakinya Johan. Ramona kemudiannya berjaya meyakinkan dewan pengarah untuk memecat Melissa dari kedudukannya sebagai Naib Presiden. 

Disaat Melissa ditimpa kesusahan, Adam mebantu Melissa mendapatkan pekerjaan di restorannya. Adam sebelum ini pernah bekerja sebagai tukang masak di hotel tersebut. Melissa merancang untuk membalas dendam dan merampas kembali haknya.

You Might Also Like

0 comments

recent posts

Facebook

Follow