Pengemis Itu Saudara Aku (TV3)

Pengemis Itu Saudara Aku

Jangan lupa saksikan telefilem istimewa sempena Maulidur Rasul berjudul Pengemis Itu Saudara Aku. Dibintangi oleh Izzue Islam, Amirul Faqeem, Ezzaty Abdullah dan ramai lagi. Ditayangkan pada 1 Disember 2017, Jumaat pukul 10 malam di TV3.

Pengemis Itu Saudara Aku

Waktu Siaran: Jumaat, 1 Disember 2017, 10.00 malam
Rangkaian: TV3 / tonton
Penulis Skrip: Azlina Din
Pengarah: Along Kamaludin
Produksi: Ansar Creative Media Sdn Bhd
Pelakon: Izzue Islam, Amirul Faqeem, Ezzaty Abdullah, Izzy Reef, Fendi Amat, Firdaus Ghufran, Azwan Kombos, Adrea Abdullah

Sinopsis Pengemis Itu Saudara Aku

Emily amat meminati fotografi. Pada suatu hari, dia dan kawannya Joseph tenampak seorang pengemis bernama Danish yang kacak walaupun kelihatan agak comot. Emily mengambil gambar pengemis tersebut lalu memuatnaikkan gambar itu ke laman media sosial. Dia langsung tidak sangka bahawa gambar itu akan tular sehingga menjadi perbualan hangat orang ramai. Oleh itu, Emily ingin mencari pengemis itu semula untuk mendokumentasi perkembangan hidupnya yang sudah menjadi semakin terurus. Kisah tular Danish ini diketahui oleh Hairi, salah seorang ahli keluarganya. Hairi ialah punca sebenar Danish mengemis setelah berjaya merebut harta keluarga mereka. Kini, Hairi ingin memusnahkan hidup Danish sekali lagi.