Drama Lafazkan Kalimah Cintamu

Lafazkan Kalimah Cintamu

Nantikan drama adaptasi novel Lafazkan Kalimah Cintamu karya Siti Rosmizah yang akan ditayangkan untuk slot MegaDrama di Astro Ria. Drama ini mendapat sentuhan pengarah Along Kamaludin dibawah terbitan SR One Sdn Bhd. Menampilkan gandingan Farid Kamil, Nelydia Senrose dan Nadiyah Shahab. Akan menemui penonton bermula 15 Januari 2018, setiap hari Isnin hingga Khamis jam 10 malam di Astro Ria saluran 104 dan Astro Ria HD saluran 132.

JUDUL : LAFAZKAN KALIMAH CINTAMU
JUMLAH EPISOD : 32 episod
TARIKH TAYANGAN : 15 Januari 2018
WAKTU SIARAN : Isnin-Khamis, 10.00 malam
SIARAN TV : Astro Ria 104 & Ria HD 132
PENULIS NOVEL : Siti Rosmizah Semail
PENULIS SKRIP : Rozie Rashid , PGRs Team, Ainaa Hanez
PENGARAH : Along Kamaludin
TERBITAN : SR One Sdn Bhd
PELAKON : Nelydia Senrose, Farid Kamil, Nadiyah Shahab, Adriana Adnan, Farez Ridzwan, Imam Shah, Azri Iskandar, Liza Abdullah, Anne Abdullah, Azhar Sulaiman, Adibah Noor, Nazia Mustafar, Nur Qistina Raisah, Erissa Puteri

WATAK PELAKON 
Farid Kamil sebagai Tengku Ryan Ameer
Nelydia Senrose sebagai Tengku Aqilah
Nadiyah Shahab sebagai Tengku Natasha
Adriana Adnan sebagai Farhana
Farez Ridzwan sebagai Azrul
Imam Shah sebagai Shafiq
Azri Iskandar sebagai Tengku Hisham
Liza Abdullah sebagai Tengku Azreena
Erissa Puteri sebagai Tengku Natasha
Nur Qistina Raisah sebagai Tengku Aqilah
Anne Abdullah sebagai Mak Kiah
Adibah Noor sebagai Kak Kembong
Nazia Mustafar sebagai Tuti
Azhar Sulaiman sebagai Tengku Hashim

SINOPSIS LAFAZKAN KALIMAH CINTAMU
Tengku Aqilah, seorang anak yang di sisih oleh bapa kandungnya sendiri. Kecetekan iman Tengku Hisham menyebabkan beliau menyalahkan anak bongsunya sebagai punca kematiaan isterinya. Selama 13 tahun Tengku Aqilah hidup di perantauan membina kehidupannya sendiri. Selepas tamat belajar Tengku Aqilah berhajat untuk kembali semula ke pangkuan keluarganya namun kepulangannya itu telah membuka tirai luka dalam hidupnya.

Tengku Natasha yang tidak pernah padam api dendam terhadap adiknya, telah menggunakan tiket sebagai anak kesayangan Tengku Hisham, memperlekehkan Tengku Aqilah dengan memberikan Tengku Aqilah jawatan sebagai seorang penyambut tetamu merangkap tea lady di Syarikat milik keluarga mereka. Demi untuk menagih kasih seorang bapa Tengku Aqilah akur jua.

Tengku Ryan Ameer, jejaka tampan kacukan Inggeris melayu itu begitu angkuh dan sombong, di tambah pula dengan kedudukan bapanya, Tengku Hashim sebagai pemegang syer terbesar di Syarikat Megah Holdings. Kehadiran Tengku Aqilah di Syarikat itu begitu menjengkelkannya, sehinggakan mereka tidak boleh langsung bertembung muka pasti perang mulut akan meletus. Tengku Aqilah sedar di mata Tengku Ryan Ameer begitu membara api kebenciaan terhadap dirinya.

Tengku Hashim, bapa saudara Tengku Aqilah amat menyanyangi gadis malang ini. Manusia hanya mampu merancang namun perancangan Yang Maha Esa lebih hebat dari segalanya. Sebelum menghembuskan nafas yang terakhir Tengku Hashim telah membuat satu wasiat yang telah mengubah segala-galanya. Apakah wasiat beliau itu? Mampukah Tengku Aqilah mengapai kebahagiaan dalam hidupnya? Mampukah Tengku Aqilah terus menagih kasih dari bapanya? Begitu utuhkah api kebenciaan Tengku Ryan Ameer pada Tengku Aqilah?

GAMBAR PELAKON

Lafazkan Kalimah Cintamu

Pelakon Lafazkan Kalimah Cintamu
Pelakon drama Lafazkan Kalimah Cintamu