Drama Titian Cinta (TV3)

Titian Cinta

Nantikan drama bersiri adaptasi novel Titian Cinta karya Ridhya Iman yang akan megisi slot Akasia TV3. Bakal menampilkan gandingan baru Zul Ariffin dan Farah Nabilah. Diarahkan oleh saudara Heykal Hanifah dibawah terbitan Zamriez Golden Pictures. Akan mula ditayangkan mulai 12 September ini, setiap Isnin hingga Khamis pukul 7 malam di TV3.

JUDUL : TITIAN CINTA 
EPISOD : 28 episod
TARIKH TAYANGAN : 12 September 2017
HARI / MASA : Isnin-Khamis, 7.00 malam
SIARAN : Slot Akasia TV3
SKRIP : Farhana Fauri
PENULIS NOVEL : Ridhya Iman
PENGARAH : Heykal Hanifah
TERBITAN : Zamriez Golden Pictures Sdn Bhd
PELAKON : Zul Ariffin, Farah Nabilah, Daler Yusuf, Tisha Shamsir, Shah Jaszle, Dian P. Ramlee, Marisa Yasmin, Kuza, Rahim Jailani, Adam Shadan, Syuhaida Abraz (Dottie), Feiyna Taj, Arash Mohd, Rais Ismail, Dibi Halim, Kamal Ibrahim, Razali Ghani, Faha, Alexandra

WATAK PELAKON 
Zul Ariffin sebagai Umayr Harris
Farah Nabilah sebagai Rahadatul Aisy
Tisha Shamsir sebagai Sofea
Daler Yusuf sebagai Ryan
Shah Jaszle sebagai Danial
Dian P. Ramlee sebagai Hajah Mariah
Marisa Yasmin sebagai Puan Sri Nora
Arash Mohd sebagai Tan Sri Hakim
Kuza sebagai Hajah Mariam
Rahim Jailani sebagai Haji Helmi
Dottie sebagai Sakeena
Adam Shadan sebagai Fahmi
Feiyna Taj sebagai Farah

LAGU TEMA / OST TITIAN CINTA 
Sumpah Cintaku - Asfan Shah
Kasih - Hyper Act
Sungguh Mencinta - Qanda
Video → LINK

SINOPSIS TITIAN CINTA 
Aisy dan Danial berkawan sejak mereka tinggal di kampung lagi sementara Aisy dan Sofea pula telah menjadi kawan baik di kolej. Danial amat meminati Sofea sehingga dia sanggup membuat apa-apa sahaja yang Sofea inginkan, walaubagaimanapun Danial bukanlah ciri lelaki yang dicari Sofea. Sementara itu, Sofea cuba memenangi hati Harris dengan bantuan ibu Harris, Puan Sri Nora. Danial yang cemburu mengambil keputusan untuk menculik Sofea. Namun sebaliknya, Aisy yang diculik. Aisy berjaya melepas diri dan terserempak dengan Ryan meminta pertolongan.

Hubungan Ryan dan Aisy menjadi lebih rapat selepas insiden tersebut dan Ryan telah melamar Aisy untuk menjadi tunangnya. Sofea mula cemburu dengan hubungan mereka berdua. Dia menganggap bahawa dirinya lebih bagus daripada Aisy selama ini. Pada suatu hari, Aisy telah mendapat berita bahawa tunangnya itu telah ditangkap khalwat dengan Sofea, Aisy tergamam.

Hati Aisy hancur berkecai. Harris telah memutuskan pertunangannya dengan Sofia. Aisy juga membuat keputusan yang sama. Hajah Mariam amat bimbang dengan emosi Aisy dan memaklumkan bahawa cucunya Harris akan dikahwinkan dengan Aisy.

.....

Kisah percintaan antara Rahadatul Aisy (Farah Nabilah) dan Umayr Harris (Zul Ariffin). Aisy pulang ke tanah air setelah empat tahun berada di kota London. Kepulangan Aisy memang ditunggu-tunggu oleh Harris. Disebabkan hatinya dikaburi oleh perasaan cemburu, Harris sanggup menghina dan menghalau isterinya sendiri pada empat tahun yang lalu. Dia menyesal dengan tindakannya akibat mempercayai fitnah serta hasutan Sofea (Tisha Shamsir), dan ingin menebus segala kesalahannya.

Aisy yang menyangkakan dirinya sudah dicerai, terkejut dengan perubahan suaminya yang dahulu bersifat panas baran, kini sangat penyayang. Harris sabar dengan karenah dan sikap Aisy terhadapnya. Dia juga langsung tidak berputus asa untuk memikat semula hati isterinya yang telah dilukai. Pelbagai perkara telah dilakukan oleh Harris untuk melembutkan hati isterinya itu.

Lama-kelamaan, hubungan antara Harris dan Aisy bertambah pulih. Aisy juga dapat menerima kembali suaminya itu. Dia menganggap jodohnya bersama Harris masih kuat lagi. Namun, apa yang tidak diketahui Aisy ialah sifat cemburu Harris sebenarnya masih belum hilang.

Tatkala saat bahagia muncul kembali, dugaan baru melanda rumahtangga pasangan ini sekali lagi. Kemunculan Rayyan (Daler Yusuf) iaitu bekas tunang Aisy yang pernah ditangkap khalwat dengan Sofea, mengubah kembali perangai Harris kepada asal. Sifat cemburunya juga semakin menjadi-jadi. Sofea pula berdendam dengan Aisy kerana mengahwini bekas tunangnya iaitu Harris. Dia ingin memporak-perandakan rumahtangga Aisy dan Harris agar mereka berdua bercerai.

Adakah kebahagiaan akan menjadi milik Aisy dan Harris? Mampukah titian cinta antara dua insan yang hampir retak ini boleh dicantum semula?

GAMBAR PELAKON
Titian Cinta

Pelakon Titian Cinta
Pelakon drama Titian Cinta