Drama Duda Pujaan Dara

Duda Pujaan Dara

Nantikan drama bersiri adaptasi novel Duda Pujaan Dara karya Hanny Esandra yang akan mengisi slot MegaDrama di saluran Astro Ria. Dibintangi oleh Kamal Adli, Zahirah Macwilson dan Rania. Drama terbitan produksi Suhan Movies & Trading arahan Jamal Khan. Akan menemui penonton bermula 4 September 2017, setiap hari Isnin hingga Khamis pukul 10 malam di saluran Astro Ria 104 dan Ria HD 123.

JUDUL : DUDA PUJAAN DARA 
EPISOD : 12 episod
TARIKH TAYANGANN : 4 September 2017
HARI / MASA : Isnin-Khamis, 10.00 malam
SIARAN : Astro Ria 104 & HD 123
PENULIS NOVEL : Hanny Esandra
SKRIP : Rehal Nuharis
PENGARAH : Jamal Khan
TERBITAN : Suhan Movies & Trading
PELAKON : Kamal Adli, Zahirah Macwilson, Rania Humairah, Isyariana, Nazierah Amin, Aprena Manrose, Kuna Muzani, Rahim Jelani, Betty Banafe, Zazly Baginda, Farisha Irwayu, Syafiq Nazri, Jasmine Ashraff, Nurul Hijanah, Rozilawati, Ahmad Zulhilmi

WATAK PELAKON 
Kamal Adli sebagai Tengku Razeen
Zahirah Macwilson as sebagai Ainee Marwah
Rania Humairah sebagai Tengku Rafanda
Aprena Manrose sebagai Dora
Isyariana sebagai Airis
Nazierah Amin sebagai Amyza
Kuna Muzani sebagai Puan Najla
Zazly Baginda sebgai Haji Omar
Betty Banafe sebagai Tengku Wilma
Farisha Irwayu sebagai Hajah Zauyah
Syafiq Nazri sebagai Afef Zaqwan
Rahim Jelani sebagai Tengku Aminuddin
Jasmine Ashraff sebagai Zulfah 

LAGU TEMA / OST DUDA DUDA PUJAAN DARA
Tajuk : Tak Malu
Penyanyi : Farisha Irish

SINOPSIS DUDA PUJAAN DARA
Si dara yang bercita-cita mahukan si duda. Katanya duda banyak pengalaman. Pelik-pelik sahaja impian Ainee Marwah.

Lalu, Ainee Marwah bertemu dengan Tengku Razeen. Si duda yang mempunyai anak satu. Dia merupakan bos di tempat kerja Ainee Marwah. Seorang lelaki yang sudah kematian isteri dan mahu mencari pengganti demi anak tercinta, Tengku Rafanda.

Sikap Ainee Marwah yang gedik mahukan duda mana boleh ditahan-tahan. Maka, dia rancang bermacam-macam cara untuk pikat si duda pujaan. Senyum sudah, langgar bahu sudah, main mata sudah, malah jatuh tergolek pun Ainee Marwah sanggup demi mahu menarik perhatian Tengku Razeen.

Usaha bagai nak rak, tetapi lelaki itu tetap kaku macam paku. Muka ketat pakai skru. Lagi yang buat Ainee Marwah sakit hati, Tengku Razeen cair hati pula bila bersama dengan Dora yang Ainee Marwah gelar Doraemon!

“Botol kicap, botol cuka. Saya ni bermimpi ke?” - Ainee Marwah
“Kain sutera, kain guni. Saya tanya betul-betul ni.” - Tengku Razeen

Rasa mahu berhenti jantung Ainee Marwah bila Tengku Razeen tiba-tiba melamarnya. Bercinta dengan Dora, tapi dia yang dilamar. Fuh! Mencabar rupa-rupanya berkahwin dengan lelaki bergelar duda.

Ikan kembung, ikan yu. I love you… - Ainee Marwah
Pengkalan Batu, Pengkalan Chepa. I love you tu apa? - Tengku Razeen

Sakitnya hati bila suami tidak romantik. Tapi, Ainee Marwah tidak berputus asa. Kalau sebelum kahwin dia sudah nakal, selepas berkahwin bertambah nakal. Dia sanggup lakukan apa sahaja untuk beli hati Tengku Razeen.

GAMBAR PELAKON
Pelakon Duda Pujaan Dara
Pelakon drama Duda Pujaan Dara
Duda Pujaan Dara