Air Zam Zam Untuk Mak (TV3)

Air Zam Zam Untuk Mak

Bersempena dengan Hari Raya Aidiladha, TV3 akan menayangkan telefilem istimewa berjudul Air Zam Zam Untuk Mak. Telefilem arahan Khalid Nadzri ini dijayakan oleh Wan Maimunah, Idris Khan, Jue Aziz, dan Fezrul Khan. Akan disiarkan pada Jumaat, 1 September, jam 9 malam di TV3.

JUDUL : AIR ZAM-ZAM UNTUK MAK
TARIKH / MASA : Jumaat, 1 September 2017, 9 malam
SIARAN : TV3 (Istimewa Aidiladha)
SKRIP : Zarihah Hassan
PENGARAH : Khalid Nadzri
TERBITAN : Alfanazra Productions Sdn Bhd
PELAKON : Jue Aziz, Idris Khan, Wan Maimunah, Fezrul Khan, Abby Nadzri, Sahronizam

SINOPSIS AIR ZAM ZAM UNTUK MAK
Mak Jah seorang guru Al-Quran dan dia menabung dengan Tabung Haji sejak 30 tahun lalu dengan tujuan untuk menunaikan ibadah haji. Sejak Mak Jah tinggal bersama anaknya Suhaili, dia memerhatikan suami Suhaili iaitu Borhan yang terlalu obses mencari harta kekayaan. Dalam diam, Borhan sanggup memberi rasuah akibat perangai buruknya Borhan ditangkap dan segala akaunya dibekukan. Apabila Borhan dibebaskan, Mak Jah pula jatuh sakit. Dia memohon Borhan dan Suhaili ke tanah suci bagi menggantikan tempatnya. Hanya satu permintaannya iaitu pulang dengan membawa air zam-zam. Adakah Borhan dan Suhaili akan menunaikan satu-satunya permintaan ibu mereka itu?

Pelakon Air Zam Zam Untuk Mak
Pelakon telemovie Air Zam Zam Untuk Mak