Telefilem Otot-Otot (TV1)

Otot-Otot TV1

Saksikan telefilem Otot-Otot yang menceritakan kisah karier wanita dalam bidang bina badan. Dilakonkan oleh Sharifah Sakinah, Syed Aiman, Sabri Yunus, Adline Tsen, Hadi Nawawi dan ramai lagi. Disiarkan pada Sabtu ini, pukul 9.30 malam di TV1.

JUDUL : OTOT-OTOT
TARIKH / MASA : Sabtu, 29 Julai 2017, 9.30 malam
SIARAN : Slot Panggung Seri (TV1-RTM)
PENGARAH : Rusdhi Darikah
TERBITAN : Double Channel
PELAKON : Sharifah Sakinah, Sabri Yunus, Syed Aiman, Adline Tsen, Hadi Nawawi, Jesse Lim, Nigel 

SINOPSIS OTOT-OTOT
Mengisahkan Fauziah, seorang pengurus gymnasium Gim Otot Otot. Dengan usaha dan ketabahan Fauziah, gimnasiumnya telah berjaya mendapat sambutan ramai pelanggan yang mementingkan aktiviti kesihatan melakukan senaman. Malah kejayaannya itu membuatkan gimnasium mula bersaing dengan gimnasium yang lain.

Sementara itu seorang pemilik gimnasium dikenali sebagai Pak M sangat terhutang budi kepada Fauziah yang membuktikan kejayaan seorang wanita yang berhati cekal. Dia benar-benar mengagumi semangat wanita itu.

Namun konflik tidak dapat dielakkan bila muncul persaingan dengan pemilik gim yang lain. Fauziah nekad terus berjuang. Dengan promosi yang berterusan Otot- Otot berjaya menambah ahli dan maju kembali seperti dahulu.

Pak M tidak percaya dengan perubahan yang berlaku di atas usaha Fauziah. Pak M masih ingat bagaimana dia jumpa Fauziah dulu sehingga dia berkahwin dan berkeluarga.