,

Cinta Latah (TV2)

July 13, 2017

Cinta Latah

Jangan lupa saksikan telefilem Cinta Latah gandingan Amar Asyraf, Izzue Islam, Izreen Azminda dan Risteena Munim pada hari Jummat ini pukul 9.30 malam di TV2

JUDUL : CINTA LATAH 
TARIKH / MASA : Jummat, 14 Julai 2017, 9.30 malam 
SIARAN : TV2 (RTM)
TERBITAN : Jelas Juta Sdn Bhd
PELAKON : Amar Asyraf, Izzue Islam, Izreen Azminda, Nur Risteena Munim, Laila Nasir

SINOPSIS CINTA LATAH 
Mengisahkan empat rakan baik Shaza, Zana, Mok dan Izat. Mok seorang pelatah semula jadi. Izat menyimpan hati pada Shaza tapi tidak berbalas.

Mok dengan karektor seorang pelatah di lihat Izat sebagai minta apa semua dapat. Hinggakan Zana dan Shaza lebih rapat dan suka pada Mok berbanding Izat. Keadaan ini menimbulkan rasa cemburu Izat pada Mok.

Timbul rasa Izat hendak belajar latah dari Mok kerana dia beranggapan sifat Mok sebagai pelatah menjadi sebab untuk dia minta apa saja dapat termasuk soal kerja dan yang penting dapat ‘membeli’ hati Zana dan Shaza. Izat telah belajar berlatah dengan Mok dan akhirnya menjadi pelatah tegar di pejabat.

Shaza menghadapi masalah bila ibunya Puan Norma telah menerima risikan ‘budak bandar’. Shaza diberi kata dua samada tunjukan calon kekasihnya atau menerima saja risikan budak bandar tersebut.

Shaza belum bersedia lagi untuk berumahtangga hingga dia mengoyak gambar bakal suaminya yang diberikan oleh ibu saudaranya, Mak Su Piah.

Shaza kemudiannya berpakat dengan Mok untuk berlakon sebagai bakal calon buah hatinya untuk mengaburi mata ibunya. Mok pula simpati dengan Izat dan meminta Izat menjadi calonnya dan dia sebagai wakil.

Pelakon Cinta Latah
Barisan pelakon telemovie Cinta Latah
Pada hari merisik yang diketuai Mok, ibu Zana perasan yang Izat adalah serupa dengan calon ‘budak bandar’ anak orang berada seperti gambar yang diberi oleh Mak Su Piah. Pada masa yang sama Izat juga telah memusnahkan gambar Shaza yang di atur oleh keluarganya. Bila keduanya perasan yang calon diatur oleh keluarga adalah orang yang sama, masing-masing cuba mengesahkan gambar yang telah mereka musnahkan dahulu.

Puas dicantum semula gambar yang telah dimusnahkan tetapi tidak dapat dicantum semula kerana telah rosak teruk. Dengan bantuan kedua orang tua, akhirnya Shaza dan Izat akui bahawa jodoh lakonan mereka adalah jodoh sebenar yang telah diatur keluarga.

Akhirnya seorang pelatah yang di permain dan dibenci Shaza iaitu karektor Mok telah berpindah pada Izat telah menjadi jodoh Shaza. Kalau dulu membenci dan tidak suka pada Mok kerana seorang pelatah akhirnya dapat Izat yang diatur keluarga juga seorang pelatah.

You Might Also Like

0 comments

recent posts

Facebook

Follow