Asam Pedas Pewittt (TV3)

Asam Pedas Pewitt

Jangan lupa menyaksikan telefilem Asam Pedas Pewitt dibintangi oleh Hazama, Amy Search, Izreen Azminda, Elly Mazlein dan ramai lagi. Disiarkan di slot Cerekarama TV3 pada Sabtu ini jam 9 malam. 

JUDUL : ASAM PEDAS PEWITT
TARIKH / MASA : Sabtu, 8 Julai 2017, 9.00 malam
SIARAN : Slot Cerekarama TV3
PENGARAH : Izuan Mokhtar
TERBITAN : Rumah Karya Citra Sdn Bhd
PELAKON : Hazama, Amy Search, Izreen Azminda, Elly Mazlein, Aziza Kazan, Kazar, Erma Fatima, Ikhwan Idraqee

SINOPSIS ASAM PEDAS PEWITTT
Leman merupakan peminat setia Amy Search. Setiap hari dia akan mengikuti perkembangan Amy di Instagram. Ibu dan bapanya kerap berleter kepadanya kerana leman masih menggangur. Leman mempunyai kekasih bernama Peah. Ibu bapa Peah tidak sukakan Leman kerana tidak bekerja. Oleh kerana tidak tahan dengan leteran ibu bapanya, Leman nekad lari ke Kuala Lumpur. Peah juga memilih untuk mengikut Leman ke Kuala Lumpur. Namun kehidupan di bandar tidak semudah yang disangkakan untuk Leman dan Peah mendapat pekerjaan dengan hanya mempunyai kelayakan tahap SPM sahaja. Pada suatu hari, Leman ternampak masakan asam pedas yang dimasak oleh Amy Search di Instagram. Dia mendapat idea untuk berniaga asam pedas. Adakah perniagaan Leman akan berjaya?

Asam Pedas Pewittt
pelakon telemovie Asam Pedas Pewittt