,

Syawal Yang Kuinginkan (TV3)

June 20, 2017

Syawal Yang Kuinginkan

Pagi 1 Syawal nanti, TV3 akan menayangkan telefilem Syawal Yang Kuinginkan dibintangi oleh Fauziah Ahmad Daud, Azira Shafinaz, Izreen Azminda dan Idris Khan. Telefilem arahan Ayie Mustaffa terbitan Zeel Production Sdn Bhd.

JUDUL : SYAWAL YANG KUINGINKAN
TARIKH / MASA : Ahad, 25 Jun 2017, 10.00 pagi
SIARAN : TV3 (Istimewa Syawal)
SKRIP : Syed Mohamed Taufik Syed Abdul Jalil
PENGARAH : Ayie Mustaffa
TERBITAN : Zeel Production Sdn Bhd
PELAKON : Azira Shafinaz, Fauziah Ahmad Daud, Izreen Azminda, Idris Khan, Fendi Seman, Che Puteh

SINOPSIS SYAWAL YANG KUINGINKAN
Hani ialah seorang tukang jahit yang bekerja di butik pakaian milik Puan Sakinah. Dia sangat komited dengan kerjanya sehingga mengabaikan nenek, kakaknya, dan anak saudara di kampung. Dalam kesibukan untuk menyiapkan tempahan yang banyak untuk Hari Raya, Hani terlibat dalam kemalangan jalan raya ketika dalam perjalanan pulang ke rumah. Akibat insiden tersebut, Hani telah hilang ingatan. Keluarganya gembira menyambut kepulangan Hani. Pada masa yang sama, Hani juga jatuh cinta dengan kekasih lamanya, Qazim.

You Might Also Like

0 comments

recent posts

Facebook

Follow