Restu Ramadan (TV3)

Restu Ramadan

Saksikan telefilem Restu Ramandan dibarisi pelakon terkenal seperti Mark Adam, Zaibo, Amy Mastura dan Issey. Telefilem arahan Shuhaimi Lua akan ditayangkan di slot Cerekarama TV3, Sabtu ini pukul 10 malam. 

JUDUL : RESTU RAMADAN 
TARIKH / MASA : Sabtu, 17 Jun 2017, 10.00 malam
SIARAN : Slot Cerekarama TV3
SKRIP : Zaharuddin Md Desa
PENGARAH : Shuhaimi Lua
TERBITAN : Tanah Beris Film Production
PELAKON : Mark Adam, Zaibo, Issey BMB, Amy Mastura, Mili Supina, Syafi Danish Suhaimi 


SINOPSIS  RESTU RAMADAN 
Kehadiran Restu, seorang pekerja pembinaan di sebuah kampung di Sabah telah disambut baik oleh Pak Daud. Hubungan baik antara mereka berdua telah disalah erti oleh Asrin. Pak Daud berjaya memperdaya Restu bahawa dia tidak dibenarkan untuk berpuasa kerana faktor usia. Malahan, Restu juga makan pujukan Pak Daud yang dia juga tidak perlu berpuasa atas tuntutan kerja. Satu hari, kedua-dua ditangkap kerana tidak menjalankan amalan berpuasa. Asrin pula mengalami kecederaan akibat letupan mercun buatan sendiri.

Pelakon Restu Ramadan
Pelakon telemovie Restu Ramadan