Pergilah Cinta (TV3)

Pergilah Cinta

Jangan lupa saksikan telefilem Pergilah Cinta menampilkan lakonan Fahrin Ahmad, Diana Danielle, Raja Afiq dan Sasqia Dahuri. Telefilem arahan Shuhaimi Lua ini akan ditayangkan di TV3 pada hari raya ketiga jam 3.00 petang di TV3. 

JUDUL : PERGILAH CINTA
TARIKH / MASA : Selasa, 27 Jun 2017, 2.00 petang
SIARAN : TV3 (Istimewa Syawal)
SKRIP : Zyza Backy
PENGARAH : Shuhaimi Lua
TERBITAN : Tanah Beris Film Production
PELAKON : Fahrin Ahmad, Diana Danielle, Raja Afiq, Sasqia Dahuri, Munaabella, Marissa Yasmin

SINOPSIS PERGILAH CINTA
Reza (Fahrin Ahmad) ingin memberi kejutan buat isterinya, Liyana (Diana Danielle) bersempena dengan ulang tahun perkahwinan ke-5. Liyana kemurungan sejak ibunya meninggal dunia. Reza cuba sedaya upaya untuk menceriakan isterinya. Namun, Reza terkejut apabila Liyana telah meninggalkannya dan menuntut penceraian. Reza sedar bahawa rakan kolejnya, Fazley (Raja Afiq) telah menikam dari belakang. Reza telah mulakan kehidupan baharu selepas menceraikan Liyana. Perkahwinan Liyana dan Fazley tidak bahagia. Liyana ingin kembali kepada Reza. Walaupun masih ada sayang terhadap bekas isterinya, Reza menolak untuk rujuk kembali.

LAGU OST 
Wany Hasrita - Menahan Rindu

Pelakon Pergilah Cinta TV3
Pelakon teleraya Pergilah Cinta