,

Huru Hara Raya (TV3)

June 19, 2017

Huru Hara Raya

Petang hari raya pertama, TV3 akan menyajikan telefilem komedi berjudul Huru Hara Raya. Dibintangi oleh Kamal Adli, Zara Zya, Shamsul Ghau Ghau, Zarina Zainuddin dan ramai lagi. Disiarkan pada hari Ahad pukul 2 petang di TV3. 

JUDUL : HURU HARA RAYA
TARIKH / MASA : Ahad, 25 Jun 2017, 2.00 petag
SIARAN : TV3 (Istimewa Aidilfitri)
SKRIP : Nina Fazurina
PENGARAH : Yeop Hitler (Hitler Zami)
TERBITAN : Arie Zaharie Production Sdn Bhd
PELAKON : Kamal Adli, Zara Zya, Shamsul Ghau Ghau, Zarina Zainuddin, Kazar Saisi, Fadilah Mansor, Hafiz Bahari, Hilal Azman , Kartina Aziz 

SINOPSIS HURU HARA RAYA
Mengisahkan gelagat lucu sebuah keluarga di Pulau Pinang. Puan Mona dan Encik Rashid mempunyai bisnes sendiri. Puan Mona menjual biskut raya manakala Encik Rashid menjual baju tradisional atas talian. Pada masa yang sama, mereka berdua sedang sibuk membuat persiapan untuk perkahwinan anak mereka, Faizal. Huru hara bermula apabila mereka tidak dapat menentukan apa yang perlu diutamakan termasuk bertemu dengan bakal mertua yang garang. Namun, Faizal dapat mengatasi segala rintangan dan selamat bernikah dengan gadis pilihannya, Ayu pada Hari Raya keempat.

You Might Also Like

0 comments

recent posts

Facebook

Follow