Kerana Syurgamu (TV2)

Kerana Syurgamu

Sempena hari Ibu, RTM akan menyiarkan telefilem istimewa bertajuk Kerana Syurgamu. Telefilem inspirasi dari kisah benar ini diarahkan oleh Khir Rahman. Menampilkan pelakon Vanidah Imran, Pekin Ibrahim, Jasmin Hamid, Fazlina Dato' Haji Ahmad Daud, dan Izuan Fikri. Kerana Syurgamu akan disiarkan pada 12 Mei ini, pukul 10.00 malam menerusi saluran TV2.

JUDUL : KERANA SYURGAMU 
TARIKH / MASA : Jumaat, 12 Mei 2017, 10.00 malam
SIARAN : TV2 (RTM)
SKRIP : Siti Jasmina Ibrahim
PENGARAH : Khir Rahman 
TERBITAN : Tall Order Productions Sdn Bhd 
PELAKON : Vanidah Imran, Mohammad, Izuan Fitri, Pekin Ibrahim, Fazlina Ahmad Daud, Jasmin Hamid, Mohammad Izuan Fikri, Zazly Baginda

SINOPSIS KERANA SYURGAMU 
Memaparkan kisah perjuangan dan pengorbanan seorang ibu Hawa, seorang ibu yang kurang upaya tinggal bersama anaknya Adam di sebuah rumah pangsa di ibukota. Adam mengidap penyakit jantung berlubang sejak dilahirkan dan tidak boleh kepenatan kerana akan cepat pengsan. 

Ayah Adam, Hassan telah menghilangkan diri dari rumah dan ibunya terpaksa menjual kerepek untuk menampung perbelanjaan seharian mereka. Dia mendapat bekalan kerepek-kerepeknya daripada Bahar yang juga jirannya yang bersimpati dengan keadaan dia dan Adam.

Adam cuba membantu ibunya dengan berjualan kerepek juga tetapi dia telah dikejarkan ke hospital kerana pengsan dan terpaksa dibedah. Hawa telah dibantu oleh kawannya Ida yang juga penjual jalanan sepertinya dan Mazni kakak kepada Bahar yang sebelum itu memandang serong kepada Hawa dan menegah Bahar membantu Hawa. 

Dani iaitu kawan baik Adam telah membuat video rayuan bagi mendapat sumbangan bagi pembedahan Adam dan dikongsi di alam maya. Video ini telah mendapat sambutan orang ramai sehingga wang sumbangan terkumpul.

Namun berjayakah Adam dibedah dengan selamatnya? Adakah peluang untuk Hassan meminta maaf atas kesalahan yang dilakukan?