Drama Mat Rukun (TV9)

Mat Rukun

Nantikan drama komedi terbitan Hujan Lebat Sdn Bhd berjudul Mat Rukun. Antara barisan pelakonnya adalah Zoey Rahman, Elisya Sandha, Feiyna Tajudin, Syed Ali, Ropie, Marissa Yasmin dan ramai lagi. Drama sebanyak 20 episod ini diarahkan oleh Jamal Khan. Akan menemui penonton bermula 25 Oktober ini, setiap hari Selasa hingga Ahad, jam 8.30 malam di slot Kelakarama TV9.

JUDUL : MAT RUKUN
TARIKH TAYANGAN : 25 Oktober 2017
HARI / MASA : Sealsa-Ahad, 8.30 malam
SIARAN : Slot Kelakarama TV9
SKRIP : Z.H.Emdee
PENGARAH : Jamal Khan
TERBITAN : Hujan Lebat Sdn Bhd
PELAKON : Zoey Rahman, Elisha Sandha, Aliff Yasraff, Feiyna Tajudin, Marisa Yasmin, Ropie, Syed Ali, Chik Pak Man Telo, Kismah Johar, Fazlina Ahmad Daud, Ilya Buang, Faiz Talam, Taufiq Hidayat, Shah Sulaiman, Din Chepak

WATAK PELAKON 
Zoey Rahman sebagai Mamat
Elisya Sandha sebagai Ayu
Aliff Yasraff sebagai Derauh
Feiyna Tajudin sebagai Rozie
Syed Ali sebagai Rizal
Chik Pak Man Telo sebagai Atuk
Marisa Yasmin sebagai Marfuzah
Ropie sebagai Rahim
Ilya Buang sebagai Roslan
Fazlina Ahmad Daud sebagai Khatijah
Faiz Talam sebagai Shauki
Shah Sulaiman sebagai Sani
Din Chepak sebagai Toi

LAGU TEMA / OST
Mat Rukun - Khalifah Band 
Kau Aku Nikahi - Z.H.Emdee 

SINOPSIS MAT RUKUN
Mengisahkan Roslan dan Khatijah yang risau kerana walaupun sudah 21 tahun, perangai manja Mamat masih tidak berubah. Mama juga suka menghabiskan masa dengan perkara-perkara yang tidak berfaedah bersama rakan-rakannya. Kerana buntu, Roslan dan Khatijah bertanya pada rakan-rakan mereka. Ramailah memberikan pelbagai cara dan kaedah sehinggakan ada juga yang tidak masuk akal sehinggalah ada seorang rakan mereka mencadangkan supaya Mamat berumah tangga. Mungkin dengan berumah tangga perangai Mamat akan lebih matang dan bertanggunjawab.

Sudah tentu Mamat tidak bersetuju, dia merasakan dirinya masih terlalu muda untuk berumah tangga dan belum puas untuk menikmati hidupnya. Tetapi setelah didesak Mamat akhirnya setuju tetapi bersyarat. Mamat ingin Roslan dan Khatijah mencari seorang gadis Kedah yang kulitnya cantik, ayu seperti gadis gunung,. Roslan dan Khatijah bersetuju kerana mereka juga suka sekiranya dapat bermenantukan gadis kampung. Sekali lagi dengan bantuan rakan-rakan, mereka mencari gadis seperti yang diminta oleh Mamat. Seorang rakan mereka berkongsi gambar seorang gadis yang tiggal di sebuah kampung yang terletak di kaki Gunung Jerai, Kedah. Roslan dan Khatijah berkenan dengan keayuan wajah gadis tersebut dan terus membuat keputusan untuk merisik gadis tersebut.

Pada mulanya Mamat tidak mengendahkan siapakah gadis pilihan ibu bapanya. Tetapi apabila terlihat gambar gadis tersebut, dia tidak menyangka hatinya tertarik. Mamat pula meminta izin Roslan dan Khatijah untuk ke kampung Ayu, tunangnya itu. Mamat memberi alasan mengenali Ayu. Ayu juga walaupun tidak mengenali Mamat, menerima seadanya akan kekurangan Mamat. Tetapi untuk mengubah Mamat, Ayu telah menetapkan syarat. Mamat perlu mempelajari rukun-rukun yang penting sebagai seorang Islam dengan datuknya bagi membolehkan Mamat menjadi suami yang lebih baik. Mampukah Mamat mempelajari dengan baik kesemua rukun-rukun tersebut seterusnya menawan hati Ayu dan keluarganya?

GAMBAR PELAKON 
Mat Rukun
Mat Rukun TV3
barisan pelakon utama
Pelakon Mat Rukun
Pelakon drama Mat Rukun