,

Tali Kasut (TV9)

16:00:00

Tali Kasut TV9

Saksikan telefilem arahan Pali Yahya berjudul Tali Kasut sempena DFKL 2017. Dibarisi pelakon-pelakon muda seperti Izzy Reef, Naim Daniel, Alis Mariya dan Nafiz Muaz. Akan ditayangkan pada Isnin ini pukul 8.30 malam di TV9. 

JUDUL : TALI KASUT
TARIKH / MASA : Isnin, 20 Mac 2017, 8.30 malam
SIARAN : Skrin Di 9 (TV9)
SKRIP : MF Kencana / ZK Hensem
PENGARAH : Pali Yahya
TERBITAN : Primeworks Studios Sdn Bhd
PELAKON : Izzy Reef, Naim Daniel, Nur Alis Mariya, Nafiz Muaz, Zamarul Hisham, Mubarak Majid, Jasmine Ashraff

SINOPSIS TALI KASUT
Mengisahkan dua sahabat baik, Raqib dan Rizqi yang membesar bersama walaupun mempunyai latar belakang yang berbeza.

Raqib anak kepada pasangan berada, manakala Rizqi pula tinggal bersama bapanya yang bekerja sebagai tukang kasut.
Bagaimanapun, satu persamaan antara dua orang sahabat itu ialah mereka pelumba lari pecut sekolah dan keduaduanya pesaing hebat.

Pemilihan akan dibuat untuk mencari wakil sekolah. Walaupun mereka berdua bersaing namun tiada apa yang menggugat persahabatan sehinggalah Sarah rapat dengan Rizqi.

Dalam diam rupanya Raqib juga menyukai Sarah. Apabila Sarah rapat dengan Rizqi, Raqib cemburu dan berasakan Rizqi sengaja merampas buah hatinya.

Pelakon Tali Kasut
barisan pelakon

You Might Also Like

1 comments

  1. Boleh tak tahu senarai2 lagu dalam cerita ni?

    ReplyDelete

recent posts

Facebook

Follow