Katakan Tidak Pada Cinta (TV2)

Katakan Tidak Pada Cinta

Saksikan telefilem Katakan Tidak Pada Cinta lakonan Azrel Ismail dan Ruhainies pada pukul 10 malam menerusi slot Citra saluran TV2. Sebuah telefilem arahan Manchi Akob dan skrip oleh Akhbar Hashim.

JUDUL : KATAKAN TIDAK PADA CINTA
TARIKH / MASA : Selasa, 7 Mac 2017, 10.00 malam
SIARAN : Slot Citra TV2 (RTM)
SKRIP : Akhbar Hashim
PENGARAH : Manchi Akob
TERBITAN : Excellent Golden Touch Sdn Bhd
PELAKON : Azrel Ismail, Ruhainies, Shuk, Fathimah Azzahra, Rahim Omar, Feiyna Tajudin

SINOPSIS KATAKAN TIDAK PADA CINTA
Mengisahkan Diyana yang bekerja sebagai pereka dalaman berpindah kerja ke syarikat baru. Di sini Diyana telah bertemu semula dengan Zarin, pereka dalaman kanan yang pernah bergaduh dengannya sebelum ini kerana salah faham.

Sejak itu mereka sentiasa bertelagah dan tidak boleh bekerjasama dalam pekerjaan. Perkara ini merisaukan Firman, pemilik syarikat tersebut yang juga merupakan kawan Zarin. Firman mengatur rancangan supaya Zarin dan Diyana dapat berbaik dengan cara menghantar mereka berdua menjalankan projek di Melaka.

Firman juga menyuruh Latif dan Mariam ikut sebagai pembantu Zarin dan Diyana. Latif dan Mariam juga turut ditugaskan sebagai pengintip kepada Firman. Kedua-duanya bersetuju untuk bekerjasama menjernihkan semula hubungan Zarin dan Diyana.

Semasa di Melaka, Zarin dan Diyana masih bertelagah sehinggalah terjadi peristiwa di mana Diyana masuk ke hutan sendirian lalu diekori oleh Zarin. Apabila Diyana ketakutan kerana pokok bergoyang dia melarikan diri dan terlanggar Zarin.

Mereka berdua terus lari dan terjatuh ke dalam lubang yang gelap. Berlaku pelbagai insiden pergaduhan antara keduanya. Mereka bernasib baik kerana diselamatkan oleh dua orang pencari rotan.

Sejak itu mereka berdua mula berbaik dan kedatangan Pak Salim, ayah Diyana ke Melaka merapatkan lagi hubungan mereka. Walaupun kemudiannya hubungan mereka tidak terus stabil namun mereka cuba menyelami diri masingmasing seterusnya. Apakah kesudahannya?

GAMBAR PELAKON
Pelakon Katakan Tidak Pada Cinta
barisan pelakon telemovie Katakan Tidak Pada Cinta