Drama Jadikan Aku Yang Kedua (Astro)

Jadikan Aku Yang Kedua

Opera Klasik Sdn Bhd akan membawakan drama terbaru adaptasi novel Jadikan Aku Yang Kedua nukilan Siti Khadijah. Menampilkan gandingan pasangan suami isteri iaitu Amar Baharin dan Amyra Rosli serta Yana Samsudin. Drama bersiri sebanyak 18 episod itu diarahkan oleh Rashid Sibir. Akan ditayangkan mulai 3 April 2017, setiap hari Isnin hingga Rabu pukul 9.00 malam di Astro Oasis saluran 106 dan Astro Maya HD saluran 135.

JUDUL : JADIKAN AKU YANG KEDUA
EPISOD : 18 episod
TARIKH TAYANGAN : 3 April 2017
HARI / MASA : Isnin-Rabu, 9.00 malam
SIARAN : Astro Oasis 106 & Astro Maya HD 135 (Slot #Raihana)
PENULIS NOVEL : Siti Khadijah
PENGARAH : Rashid Sibir
TERBITAN : Opera Klasik Sdn Bhd
PELAKON : Amar Baharin, Amyra Rosli, Yana Samsudin, Fahrin Ahmad, Adibah Noor, Rahim Omar, Kartini Aziz, Wilma Muhammad, Jesh Thiam, Nadia Khils, Jasmin Hamid

WATAK PELAKON 
Amar Baharin sebagai Thaqif Aswad
Amyra Rosli sebagai Nuha Saqeena
Yana Samsudin sebagai Wawa /  Wazirah
Fahrin Ahmad sebagai Cikgu Rashid
Adibah Noor sebagai Hajah Latifah
Rahim Omar sebagai Haji Lokman
Nadia Khils sebagai Nurin

SINOPSIS JADIKAN AKU YANG KEDUA
“Abang janji sayang, hanya cinta sayang yang pertama dan yang terakhir buat abang. Takkan ada mana-mana perempuan yang akan dapat mengubah cinta ini malah perasaan cinta dah terkubur bersama dengan jasad sayang. Abang doakan sayang aman di sana.”- THAQIF ASWAD.

Pertemuan pertama antara Nuha Saqeena dan Thaqif Aswad menimbulkan perasaan cinta buat si gadis. Sedangkan si jejaka pula masih sukar melupakan memosi silam ketika bersama si isteri yang sudah lama pergi. Cinta buat isteri yang sudah tiada sentiasa mekar dalam hati telah membuatkan hatinya enggan menerima lembaran cinta yang baharu.

Kerana memikirkan tanggungjawab dan perlunya kasih sayang seorang ibu buat sepasang cahaya mata kembar yang telah ditinggalkan oleh isteri, Thaqif harus mencari pengganti si isteri buat permata hati dan bukannya untuk cinta sendiri yang masih belum terbuka untuk diganti.

“Awak mungkin boleh halang diri awak daripada jatuh cinta pada saya tapi awak tak boleh halang saya untuk terus menyayangi awak. Saya takkan paksa awak untuk terima saya tapi saya akan terus berusaha untuk mendapat tempat di hati awak kerana saya adalah isteri awak.”- NUHA SAQEENA.

Pelbagai cara dilakukan untuk menambat hati Thaqif. Namun, hati Thaqif bagaikan batu. Dingin dan keras. Kehadiran Hajah Latifah dan Wazirah merumitkan lagi hubungan mereka berdua.

Kebencian Hajah Latifah membuatkan Nuha mengalah. Thaqif bukan miliknya seorang!

“Awak rasa saya akan bahagia ke dengan pernikahan ni? Kalaulah saya tahu ini akan berlaku, lebih baik saya tunggu Wawa aje dari dulu. Tak payah saya jatuh cinta pada awak!” - THAQIF ASWAD.

Satu keputusan telah dibuat saat cintanya makin mekar untuk Nuha. Namun, demi sebuah janji dia harus mengorbankan perasaannya. Mampukah dia menerima Wazirah sebagai pengganti Waheeda sedangkan hanya nama Nuha yang terpahat dalam hati? Dapatkan Nuha Saqeena menjadi yang kedua dalam hati Thaqif seterusnya menjadi yang terakhir dalam hidup lelaki itu?

Benarkah cinta pertama itu tiada gantinya?

“Kalau nyawa yang mampu Nuha gantikan untuk terus melihat dia tersenyum, Nuha sanggup berikan nyawa Nuha untuk dia.”- NUHA SAQEENA.

GAMBAR PELAKON
Jadikan Aku Yang Kedua
barisan pelakon