,

Drama Shh... I Love You (TV3)

14:00:00

Shh I Love You

Nantikan drama adaptasi novel Shh... I Love You karya Farisya Natasha yang bakal mengisi slot Akasia TV3. Sebuah drama terbitan Primeworks Studios Sdn Bhd dibawah arahan Nizam Zakaria. Bakal menyaksikan gandingan Gambit Saifullah dan Elvina Mohamad sebagai pelakon utama. Drama ini akan ditayangkan bermula 3 April 2017, disiarkan setiap hari Isnin hingga Khamis pukul 6.58 petang di TV3. 
  
JUDUL : SHH... I LOVE YOU
EPISOD : 28 episod
TARIKH TAYANGAN : 3 April 2017
HARI / MASA : Isnin-Khamis, 6.58 petang
SIARAN : Slot Akasia TV3
PENULIS NOVEL : Farisya Natasha
PENGARAH : Nizam Zakaria
TERBITAN : Primeworks Studios Sdn Bhd
PELAKON : Gambit Saifullah, Elvina Mohamad, Hafreez Adam, Bella Nazari, Tash Yong, Aien Zahalan, Hani Nazrina, Nafiez Zaidi, Fikhree Bakar, Adeline Tsen, Nafiez Zaidi, Leeza Zain, Kamsani Ismail

WATAK PELAKON 
Gambit Saifullah sebagai Kapten Aidan
Elvina Mohamad sebagai Nur Nadia Omar
Tash Yong sebagai Sumayyah
Hafreez Adam sebagai Naufal
Aien Zahalan sebagai Diana
Hani Nazrina sebagai Ain
Bella Nazari sebagai Sumaira

SINOPSIS SHHH I LOVE YOU
Kisah Nadia dan Aidan yang berjumpa pertama kali di kedai dan ingin dijodohkan oleh adik-adiknya. Perkenalan yang singkat membuatkan Aidan nekad untuk menjaga Nadia kerana ada suatu rahsia disebaliknya. 

Ketika berusia 10 tahun, Nadia telah disahkan menghidap miokarditis atau lebih dikenali sebagai keradangan otot jantung. Namun setelah 5 tahun berlalu, keadaan jantung Nadia semakin merosot apabila jantungnya gagal mengepam darah dan mengalami bengkak yang teruk. Maka, pemindahan jantung adalah satu-satunya cara untuk menyelamatkan Nadia. Sejak itu Nadia hidup dalam keadaan yang menderita kerana keadaan jantungnya dan terpaksa menggunakan jantung mekanikal sehinggalah usinya 18 tahun apabila ada seorang penderma yang sanggup menderma jantungnya kepada Nadia dan jantung penderma itu sesuai dengan Nadia. Syukur Puan Asma dan Encik Omar, ibubapa Nadia kepada penderma itu tetapi nama penderma itu dirahsiakan atas permintaan penderma itu sendiri. Setelah 10 tahun berlalu selepas pembedahan itu, Nadia kini sudah boleh menjalani hidupnya seperti biasa walaupun masih kehidupan sehariannya bergantung kepada ubat-ubat hospital.

Nadia  kini memiliki jantung bekas tunang Aidan, Sumayyah yang sudah tiada. Dek kerana itu, Aidan mengahwini Nadia tanpa ada perasaan cinta.

Kemelut melanda apabila segala rahsia terbongkar. Nadia cuba meraih cinta Aidan. Mampukah rumah tangga mereka bertahan?

GAMBAR PELAKON
Shhh I Love You

Pelakon Shhh I Love You
Pelakon drama Shhh... I Love You
Shhh I Love You TV3
barisan pelakon

You Might Also Like

0 comments

recent posts

Facebook

Follow