Namaku Bedah (TV9)

Namaku Bedah

Drama terbaru arahan Shuhaimi Lua berjudul Namaku Bedah diadaptasi daripada novel karya Mohd Shahremy Ikmal. Dibintangi oleh Aishah Azman, Niezam Zaidi, Syainie Shuhaimi, Nadzmi Adhwa dan ramai lagi. Drama bersiri 20 episod itu akan ditayangkan mulai 5 Februari ini, setiap hari Selasa hingga Ahad, jam 8.30 malam di slot Kelakarama TV9. 

JUDUL : NAMAKU BEDAH
EPISOD : 20 episod
TARIKH TAYANGAN : 5 Februari 2017
HARI / MASA : Selasa-Ahad 8.30 malam
SIARAN : Slot Kelakarama TV9
SKRIP : Shahremy Ikmal
PENGARAH : Shuhaimi Lua Abdullah
TERBITAN : Tanah Beris Film Production Sdn Bhd
PELAKON : Aishah Azman, Niezam Zaidi, Syainie Aida, Nadzmi Adhwa, Ardell Aryana, Rashidah Jaafar, Rosnah Mat Aris, Razak Ahmad, Feiyna Tajudin, Kamal Bakar, Hanif Safuan, Radhi Khalib, Ferth Jasni, Zahir

WATAK PELAKON
Aishah Azman sebagai Bedah
Nadzmi Adhwa sebagai Zuhairi
Syainie Aida sebagai Tasha
Ardell Aryana sebagai Umairah
Niezam Zaidi sebagai Sood
Rashidah Jaafar sebagai Hamidah
Rosnah Mat Aris sebagai Rokiah
Razak Ahmad sebagai Pak Halim
Feiyna Tajudin sebagai Izzah
Hanif Safuan sebagai Iskandar
Farouk Hussain sebagai Dr.Asri
Kamal Bakar sebagai Tok penghulu

LAGU TEMA NAMAKU BEDAH 
Lagu : Namaku Bedah
Penyanyi : Syafeek Ikhwan

SINOPSIS NAMAKU BEDAH 
Mengisahkan Bedah (Aishah Azman), seorang gadis pintar dan lincah namun mempunyai perwatakan yang gedik dan sentiasa ingin bergaya. Wajah cantik dimilikinya telah membuatkan ramai jejaka tertarik dengan Bedah namun mereka mentertawakannya apabila mendapat tahu nama sebenar Bedah malah dijadikan bahan ejekan. Bedah adalah gabungan nama tanda kasih sayang ibunya iaitu, Hamidah dan ayahnya, Bedul.

Selepas tamat persekolahan, Bedah telah melanjutkan pengajian ke kolej. Di kolej, Bedah menjadi perhatian ramai pelajar lelaki. Sehinggakan ada yang tidak tidur malam, dan bergaduh semata-mata nak berebut mendapatkan hati Bedah. Suatu hari secara tidak sengaja Bedah bertemu dengan Zuhairi (Nadzmi Adhwa), seorang anak jutawan terkenal. Bedah terpegun dengan ketampanan Zuhairi. Rupa-rupanya Bedah tidak bertepuk sebelah tangan, kerana Zuhairi juga turut meminati Bedah. Mengetahui status Zuhairi Bedah menggunakan nama samaran sebagai Puteri Anis.

Bedah sangat teruja sehingga apa yang dilakukannya serba tak kena. Bedah juga telah berjanji dengan dirinya sendiri untuk tidak melepaskan Zuhairi dalam hidupnya sehinggakan dia berfikir untuk berhenti belajar dan terus berkahwin. Dia menceritakan perihal ini kepada Tasha (Syainie Aida), teman karibnya sejak dari kampung lagi, tetapi ideanya itu ditentang oleh Tasha yang merasakan perjalanan mereka masih jauh dan tidak perlu untuk berhenti belajar. Bedah sudah lupa diri, dia juga nekad untuk menukar namanya agar tidak diketahui Zuhairi. Bedah meminta pertolongan Iskandar yang mempunyai kenalan untuk menukar nama pada kad pengenalannya.

Bedah mahu dikenali sebagai Puteri Anis. Kerana mempunyai kekasih yang kaya, Bedah juga mengubah penampilannya, bergaya mewah dan tidak lagi seperti gadis kampung. Bedah juga sudah mula bercakap besar dan bersikap sombong dengan orang-orang di kampung. Apabila Puan Hamidah mengetahui keputusan Bedah untuk berhenti belajar dan berkahwin, keputusan itu ditentang sekeras-kerasnya. Puan Hamidah turut meminta Zuhairi untuk datang berjumpa dengannya terlebih dahulu. Walaupun Zuhairi tidak biasa dengan suasana kampung, dia sanggup kerana ingin mengambil hati bakal mertuanya itu. Bedah risau kerana jika Zuhairi menemui ibunya, segala rahsia bakal terbongkar.

Dapatkah Zuhairi menerima Bedah setelah mengetahui dia telah ditipu oleh Bedah? Adakah ibunya juga dapat memaafkan Bedah? 

GAMBAR PELAKON
Namaku Bedah

Pelakon Namaku Bedah
barisan pelakon drama Namaku Bedah
Namaku Bedah 2017
teraju utama drama Namaku Bedah