,

Jalan Belakang Rumah (TV2)

December 23, 2016

Jalan Belakang Rumah

Sempena cuti sekolah, TV2 akan menayangkan telefilem menarik bertajuk Jalan Belakang Rumah yang mengisahkan pengembaraan sekumpulan budak pengakap. Jangan ketinggalan untuk menontonnya hari Jumaat ini, pukul 2 petang. 

JUDUL : JALAN BELAKANG RUMAH
TARIKH / MASA : Jumaat, 23 Disember 2016, 2.00 petang
SIARAN : TV2 (RTM)
SKRIP : Mohd Rahhiemi
IDEA ASAL : S.Balachandran / Muhamad Amirul Muttaqin
PENGARAH : S.Balachandran
TERBITAN : cCubeTV Sdn Bhd
PELAKON : Muhd Shahidan, Ebenezar Ravyn Das, Chong Bao Quan, Farhanna Qismina, Ahmad Dinie Juri

SINOPSIS JALAN BELAKANG RUMAH
Mengenai pengembaraan tiga orang sahabat ke dunia fantasi bagi menggalas satu misi untuk kembali ke zaman asal. Tiga orang sahabat baik iaitu Ian, Ping dan Ruben pergi berkhemah di dalam hutan. Di dalam hutan, mereka bertiga telah menjumpai sebuah rumah usang dan masuk ke dalam rumah usang tersebut. Tiba-tiba mereka diancam oleh seekor raksasa jahat dan cuba berlari menyelamatkan diri. Mereka cuba untuk mencari jalan keluar dari rumah itu namun mereka sesat dan keluar melalui pintu belakang rumah usang tersebut. Keluar sahaja dari pintu itu, mereka telah memasuki alam fantasi yang penuh misteri dan menggalas satu misi untuk kembali ke zaman asal. 

You Might Also Like

0 comments

recent posts

Facebook

Follow