,

Luna Elvira (TV9)

11:41:00

Luna Elvira TV9

Saksikan telefilem Luna Elvira yang dilakonkan oleh Ruhainies, Syazuwan Hassan, Amyza Adnan, dan Iswan Ismail. Telefilem arahan Nizam Zakaria itu akan bersiaran dalam slot Skrin Di 9, 14 November, jam 8.30 malam di TV9.

JUDUL : LUNA ELVIRA
TARIKH / MASA : Isnin, 14 November 2016, 8.30 malam
SIARAN : Slot Skrin Di 9 (TV9)
SKRIP : Adza Emie
PENGARAH : Nizam Zakaria
TERBITAN : Mache AllStar United Sdn Bhd
PELAKON : Ruhainies, Syazuwan Hassan, Iswan Ismail, Amyza Adnan, Nadia Aqilah, Fathimah Azzahra

SINOPSIS LUNA ELVIRA
Luna Elvira seorang gadis yang naif datang daripada keluarga yang hidup sederhana. Semenjak kecil, Luna menjadi saksi ibunya dimarah dan dipukul oleh bapanya sendiri namun Luna tidak mampu berbuat apa-apa. Dia tiada daya melainkan menyimpan dendam terhadap bapanya dan golongan seperti bapanya.

Selepat tamat belajar, Luna membantu ibunya menjual nasi lemak. Luna bertemu jodohnya di situ. Fattah adalah seorang ahli perniagaan produk kecantikan yang terkenal. Kehadirannya dalam hidup Luna menjadikan hidup Luna sekeluarga senang dan bahagia.

Lama kelamaan, Fattah menunjukkan belangnya apabila dia juga dalam golongan lelaki dayus seperti bapa Luna, Luna sentiasa dimarahi dan dimalukan oleh Fattah. Namun di depan khalayak, Fattah menunjukkan yang dia seorang suami mithali.

Atas bantuan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dia telah mendengar penerangan dan mendapat bantuan bagi dia bangkit melawan semula kehidupannya itu.

Baginya, kehidupan yang terseksa bukanlah sebuah kehidupan. Bagaimanakah nasib Luna? Dapatkah dia lari dari kekejaman suaminya sendiri? 

GAMBAR PELAKON
Luna Elvira
pelakon telemovie Luna Elvira
Pelakon Luna Elvira
gambar pelakon

You Might Also Like

0 comments

recent posts

Facebook

Follow