,

Maduku Telefon Bimbit (TV2)

11:25:00

Maduku Telefon Bimbit

Saksikan telefilem Maduku Telefon Bimbit menampilkan gandingan artis popular Keith Foo dan Siti Saleha. Bersiaran pada hari Selasa ini pukul 10 malam di TV2. Bagi yang ketinggalan boleh menontonnya di portal myklik.rtm gov.my

JUDUL : MADUKU TELEFON BIMBIT
TARIKH / MASA : Selasa, 25 Oktober 2016, 10.00 malam
SIARAN : Slot Citra TV2 (RTM)
SKRIP : Liza Mior Rashidi
PENGARAH : Rahila Ali
TERBITAN : Elisa Vision Sdn Bhd
PELAKON : Keith Foo, Siti Saleha, Acong Sweetchild, Ieda Moin, Aznah Hamid, Liza Abdullah, Afique Hussain

SINOPSIS MADUKU TELEFON BIMBIT
Kisah Salman dan Mastura, sepasang suami isteri yang muda kelas menengah. Mastura hilang sabar dengan sikap suaminya, Salman yang asyik menghadap telefon bimbit seolah-olah dirinya tidak wujud lagi. Mereka sering bermasam muka dan bertengkar kerana sikap Salman itu. Apabila tiada pilihan lain, Mastura menemui Shafie, seorang kaunselor rumah tangga. Melihat kepada penampilan Mastura yang membosankan, Shafie mencadangkan agar dia mengubah penampilannya. Mastura cuba penampilan serba moden tetapi tidak berhasil juga. Sementara itu, Mastura berpuara-pura berhubung rapat dengan Shafie dan sering menghadap telefon bimbitnya. Salman mula menyedari perubahan Mastura. Dia berdepan dengan Mastura dan Mastura mengugut untuk menceraikannya dan mengahwini Shafie. Salman berjumpa dengan Shafie dan menangis agar Shafie tidak mengambil isterinya dan sesudah itu baharulah dia mendapatkan penjelasan bahawa Shafie dan Mastura hanya berpuara-pura bercinta untuk menyedarkan dirinya yang bercinta dengan telefon bimbit.

You Might Also Like

1 comments

  1. Adui...cite sampah lg,cite klau setakat tema mcm ni tak payah keluar pun xpe..teruk sgt dah ke pengarah kat malaysia ni sampai da xde idea..hina la taraf seni drama malaysia kalau cite mcm ni je yg mamapu otak korang pikirkan.

    ReplyDelete

recent posts

Facebook

Follow