Kari Sanjana (TV3)

Kari Sanjana

TV3 akan menyiarkan telefilem khas bersempena hari Deepavali berjudul Kari Sanjana. Dibintangi oleh Syafiq Kyle, Nadiya Nisaa, Jay Iswazir, Mr.Rama, Kalpana Shree dan ramai lagi. Akan ditayangkan di slot Cerekarama pada hari Sabtu jam 9.00 malam.

JUDUL : KARI SANJANA
TARIKH / MASA : Sabtu, 29 Oktober 2016, 9.00 malam
SIARAN : Slot Cerekarama TV3
SKRIP : Mama Bella
PENGARAH : Heykal Hanifah
TERBITAN : Luqsar Kreatif Sdn Bhd
PELAKON : Syafiq Kyle, Nadiya Nisaa, Amyza Aznan, Jay Iswazir, Mr.Rama, Thanam Letchumi, Kalpana Shree, Shruti Sargunan, Nik Adam Mika

LAGU LATAR / OST
Tum Hi Ho - Aarijit Singh

SINOPSIS KARI SANJANA
Farhan dan Linda adalah pasangan suami isteri yang baru berkahwin. Mereka berpindah di sebuah rumah sewa. Suatu hari, Linda kempunan kari selepas terhidu bau masakan jiran di sebelah rumahnya. Menurut Uncle Kumar dan Aunty Sonali, kari resepinya diberi nama Kari Sanjana. Apabila ditanya siapakah Sanjana, mereka seperti masih belum bersedia untuk berkongsi cerita. Farhan dan Linda ingin mencari siapakah Sanjana yang sangat bermakna buat Aunty Sonali dan Uncle Kumar itu. Satu hari, ketika Linda sedang sarat mengandung, dia terkejut mendapat berita bahawa Farhan terlibat dengan kemalangan jalan raya. Apakah yang akan terjadi dengan Farhan? Dapatkah Linda dan Farhan mencari siapakah Sanjana?