Senarai Peserta Gegar Vaganza 3 (2016)

19:56:00

Gegar Vaganza 2016

Gegar Vaganza musim ketiga bakal menyaksikan 12 orang artis terkenal tanah air kembali bertanding di pentas Gegar Vaganza untuk merebut wang tunai RM100,000. Gegar Vaganza kali ini bakal bersiaran selama lapan minggu secara langsung dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) disiarkan secara eksklusif menerusi saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123) pada setiap hari Ahad, jam 9.00 malam bermula 16 Oktober ini. Dihoskan oleh Jihan Musa dan Nabil Ahmad. Dua juri tetap iaitu Dato Haji Ramli MS dan Dato Khadijah Ibrahim. Format program juga masih dikekalkan yang mana para peserta akan dinilai sepenuhnya oleh juri profesional.

Juara Gegar Vaganza musim ketiga ini bakal membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000 berserta trofi manakala RM50,000 untuk naib juara. Manakala tempat ketiga, keempat, kelima dan keenam pula masing-masing bakal membawa pulang wang tunai sebanyak RM30,000 dan RM15,000, RM10,000 dan RM5,000 beserta trofi dan hadiah.

Peserta Gegar Vaganza 2016
12 Peserta Gegar Vaganza 2016
SENARAI PESERTA GEGAR VAGANZA MUSIM KETIGA 2016:
1. Ameng Spring (WAN AMINUDDIN WAN ISMAIL - 47 TAHUN - BESUT, TERENGGANU)
2. Azharina (AZHARINA AZHAR - 31 TAHUN - sabah)
3. Elly Mazlein (SHARIFAH AIDA MAZLINA SYED HANAFI - 35 TAHUN - PERAK)
4. G-Mie Screen (HAJMI HAJI IBRAHIM - 45 TAHUN - KLANG)
5. Intan Sarafina (UNGKU INTAN SARAFINA UNGKU YAHYA - 35 TAHUN - SHAH ALAM)
6. Nora (WAN NORAFIZAH ARIFFIN - 43 TAHUN - KELANTAN)
7. Razis Ismail (MOHAMED GHAZALI ISMAIL - 56 TAHUN - PULAI PINANG)
8. Rem (RAMZANI KASSIM - 42 TAHUN - SIBU, SARAWAK)
9. Shidi Data (RASHIDI RASHID - 43 TAHUN - PULAI PINANG)
10. Siti Sarah (SITI SARAH RAISUDDIN - 32 TAHUN - KUALA LUMPUR)
11. Zarul Umbrella (ZARULKEFLI HUSIN - 43 TAHUN - KAJANG, SELANGOR)
12. Zur Eda (ZUR EDA MOKHTAR - 51 TAHUN - SG BULOH, SELANGOR)

Peserta Gegar Vaganza 3
Peserta Gegar Vaganza 3

You Might Also Like

1 comments

  1. Tak sabar nak tengok penyanyi lama ameng spring dan zarul umbrella. Agak2 ada aura lagi ke suara dia.. pengacara pun still gempak nabil dan jihan

    ReplyDelete

recent posts

Facebook

Follow