,

Drama Tak Beli Tak Cinta (TV3)

13:00:00

Tak Beli Tak Cinta

Nantikan drama terbaru arahan Ahmad Idham berjudul Tak Beli Tak Cinta. Antara barisan pelakon yang membintangi drama siri komedi itu adalah Rita Rudaini, Ariz Lufias, Syainie Aida, Qara Lyana, Erry Putra dan ramai lagi. Drama Tak Beli Tak Cinta akan ditayangakan bermula 19 Oktober 2016, setiap hari Isnin hingga Khamis jam 6.30 petang  menerusi slot Iris di TV3.

JUDUL : TAK BELI TAK CINTA
EPISOD : 20 episod
TARIKH TAYANGAN : 19 Oktober 2016
HARI / MASA : Isnin-Khamis, 6.30 petang
SIARAN : Slot Iris TV3
SKRIP : Subroto Katimin
PENGARAH : Ahmad Idham & Rosli Mohd Taib
TERBITAN : AIFA Motion Pictures Sdn Bhd
PELAKON : Rita Rudaini, Ariz Lufias, Qara Lyana, Syainie Aida  Aliff Yasraff, Erry Putra, Shiha Zikir, Habiel Lutfillah, Rama Sundran, Eizlan Yusof, Dian P Ramlee, Cat Farish

WATAK PELAKON 
Rita Rudaini sebagai Puan Bibi
Ariz Lufias sebagai Isma
Syainie Aida sebagai Liyana
Erry Putra sebagai Tuan CJ
Qara Lyana sebagai Filza
Aliff Yasraf sebagai Man Fly
Rama Sundran sebgai Mr Kurupan
Habiel Lutfillah sebagai Raykal
Eizlan Yusof sebagai Cikgu Ramly 

LAGU TEMA / OST TAK BELI TAK CINTA
Lagu : Bimbang
Penyanyi : Izzue Islam

SINOPSIS TAK BELI TAK CINTA
Mengisahkan kehidupan Bibi (Rita Rudaini) yang juga pemilik butik barangan kecantikan dan pakaian. Puan Bibi sedang sibuk mempersiapkan butiknya untuk hari pembukaan yang bakal berlangsung dalam masa dua minggu lagi. Sejak pemergian arwah suaminya, Puan Bibi belum bersedia untuk menerima cinta dalam hidupnya. Dia hanya mahu fokus dalam bisnes selain menjaga anak lelakinya, Raykal. Kenakalan Raykal juga memeningkan Puan Bibi apatah lagi apabila Raykal sering meragam kerana mahukan ayah baharu.

Puan Bibi hanya dibantu oleh seorang staf, Liyana (Syainie Aida), anak saudara arwah suaminya yang gemar melaram dan kuat berangan. Liyana mahu menjadi penyanyi bertaraf antarabangsa seperti idolanya, Yuna. Tuan CJ (Erry Putra) pula sangat rajin untuk membantu Puan Bibi tetapi sebenarnya dia mencari peluang untuk mendekati dan menggoda Puan Bibi. Malahan, Tuan CJ juga berjanji akan mendapatkan penaja VIP untuk butik Puan Bibi.

Keadaan butik itu berubah selepas seorang pemuda lelaki graduan jurusan kimia yang sangat kacak, Isma (Ariz Lufias) diterima sebagai pekerja. Liyana menyimpan perasaan terhadap Isma tetapi Isma pula minat pada Puan Bibi.

Sudah seminggu butik Puan Bibi dibuka tetapi gagal mendapat sambutan. Puan Bibi tertekan dan terus bercadang mahu menjual sahaja butiknya. Isma menghalang niat Puan Bibi dan memohon izin untuk merangka satu plan publisiti. Isma meminta tolong beberapa rakan perempuan di kolejnya untuk membantu dan Liyana mula melakukan sabotaj kerana cemburu. Akhirnya plan publisiti Isma berjaya dan butik Puan Bibi mula dipenuhi pelanggan.

Dek kerana kesibukan menguruskan butik baharunya yang menjadi tumpuan selebriti dan ikon komestik, Puan Bibi seringkali terlupa untuk mengambil Raykal di sekolah. Suatu hari, Puan Bibi cemas apabila gagal mengesan Raykal di sekolah kerana terlambat sampai. Kehilangan Raykal berakhir apabila Raykal dijumpai menyelinap masuk ke dalam kereta cikgu di sekolahnya yang masih bujang dan tampan, iaitu Cikgu Ramli.

Sejak pertemuan dengan Cikgu Ramli, Puan Bibi sering dilamun angau. Dia sentiasa membayangkan Cikgu Ramli. Puan Bibi sentiasa sampai awal di sekolah untuk mengintip Cikgu Ramli. Malangnya, Cikgu Ramli sudah bertunang dan bakal berkahwin. Bagaimana pula dengan hubungan Puan Bibi dan Isma? Adakah Puan Bibi akan menerima cinta daripada lelaki yang lebih muda daripadanya? Apakah rahsia yang cuba disimpan oleh Isma?

GAMBAR PELAKON
Tak Beli Tak Cinta

Pelakon Tak Beli Tak Cinta
watak utama
Tak Beli Tak Cinta TV3
barisan pelakon drama Tak Beli Tak Cinta

You Might Also Like

0 comments

recent posts

Facebook

Follow