Kapcai Ayah (TV9)

Kapcai Ayah

Saksikan telefilem istimewa sempena hari Kemerdekaan berjudul Kapcai Ayah. Telefilem arahan Heykal Hanifah itu dijayakan oleh Hasnul Rahmat, Marissa Yasmin, Syarul Ridzwan dan Hanna Aqeela. Bersiaran pada hari Isnin ini, 29 Ogos 2016, jam 8.30 malam di TV9 menerusi slot Skrin di 9.

JUDUL : KAPCAI AYAH
TARIKH / MASA : 29 Ogos 2016 (Isnin), 8.30 malam 
SIARAN : Skrin di 9(TV9)
SKRIP : Maziah Manaf
PENGARAH : Heykal Hanifah
TERBITAN : Raden Pictures Sdn Bhd
PELAKON : Hasnul Rahmat, Saharul Ridzwan, Marissa Yasmin, Hanna Aqeela, Harris Alif

SINOPSIS KAPCAI AYAH
Haikal bangga dapat membonceng motosikal bersama ayahnya ketika dia masih kecil. Namun, perasaan itu mula hilang, walaupun motosikal itu masih menjadi pengangkutan tetap ayahnya. Jamil sangat sayangkan motosikalnya walaupun luarannya sudah buruk. Baginya, dia akan menggunakan khidmat motornya itu selagi boleh. Haikal yang semakin dewasa mula lupa akan jasa motosikal itu kepadanya, dan berasa malu sekiranya Jamil menunggang motosikal tersebut. Akhirnya, Haikal sedar bahawa motosikal tersebut yang menjadi penyelamat hidup ketika dia berada di saat genting.