Hajah Heathrow Kembali (TV3)

Hajah Heathrow Kembali

Drama bersiri Hajah Heathrow Kembali bakal muncul di TV3 menggantikan drama Budak Magik yang akan menamatkan tayangaannya tidak lama lagi. Drama ini merupakan kesinambungan daripada telefilem yang pernah disiarkan di TV9. Dibarisi pelakon seperti Ogy Ahmad Daud, Fadhil Dhani, Hafidz Roshdi, Nazeera Sardi dan ramai lagi. Drama sentuhan sutradara Along Kamaludin. Ditayangkan mulai 30 Ogos 2016, setiap Isnin hingga Rabu pada jam 10 malam di TV3.

JUDUL : HAJAH HEATHROW KEMBALI
EPISOD : 13 episod
TARIKH TAYANGAN : 30 Ogos 2016
HARI / MASA : Isnin-Rabu, 10.00 malam
SIARAN : TV3
PENGARAH : Along Kamaludin
TERBITAN : Wira Nusa Sdn Bhd
PELAKON : Ogy Ahmad Daud, Fadhil Dhani, Hafidz Roshdi, Nazeera Sardi, Erwin Dawson, Zalfa Zin, Octovia Manrose, Kuna

WATAK PELAKON
Ogy Ahmad Daud sebagai Juriah
Fadhil Dhani sebagai Pak Ramlan
Hafidz Roshdi sebagai Razali
Nazeera Sardi sebagai Yasmin

SINOPSIS HAJAH HEATHROW KEMBALI
Sebaik sahaja pulang dari Mekah dan Heathrow, Juriah dah jadi semakin melampau dan poyo. Kalau orang yang tak sebut nama dia 'Hajah Ju' atau akak 'Hajah' atau ' makcik Hajah', Ju akan betulkan. Penat-penat pergi Mekah, 'title' kenalah pakai. Katanya bukan sebab riak atau menunjuk-nunjuk tetapi lebih kepada nak beri semangat untuk orang lain yang belum pergi Mekah untuk menunaikan haji. Bukan itu sahaja, Juriah juga ingin mengembangkan perniagaan gerainya kepada sebuah warung. Ahli keluarganya terkejut dengan ideanya itu. Katanya, hidup kena berubah. Tetapi suaminya, Ramlan melarang. Lebih-lebih lagi Juriah mahu hidangkan spaghetti dalam menu warung itu. Macam-macam perangai Juriah ni!

GAMBAR PELAKON

barisan pelakon drama Hajah Heathrow Kembali