,

Drama Bahagia Kasihmu (TV3)

June 03, 2017

Bahagia Kasihmu

Setia Hujung Nyawa. Diarahkan oleh Nazir Jamaluddin dibawah terbitan A.Aida Production Sdn Bhd. Mengandingkan Fezrul Khan, Eyka Farhana dan Tisha Shamsir sebagai pelakon utama. Drama ini boleh di tonton di laman web Tonton.com.my terlebih dahulu dan akan mula mula ditayangkan di TV3 pada 14 Jun 2017, setiap hari Rabu hingga Jumaat pukul 9.00 malam.

JUDUL : BAHAGIA KASIHMU
EPISOD : 13 episod
TARIKH TAYANGAN : 14 Jun 2017
HARI / MASA : Rabu-Jumaat, 9.00 malam
SIARAN : Slot Zehra TV3
SKRIP : Fatin Nabila
PENGARAH : Nazir Jamaluddin
TERBITAN : A.Aida Production Sdn Bhd
PELAKON : Fezrul Khan, Eyka Farhana, Tisha Shamsir, Farisha Irwayu, Afifah Nasir, Zaidi Omar, Qazem Nor, Fazlina Ahmad Daud, Aedy Ashraf, Mimi Ernida, Julia Ziegler, Firdaus Ghufran, Ramli Salleh, Melly Amalin, Adiba Yunus 

WATAK PELAKON
Fezrul Khan sebagai Zarul
Eyka Farhana sebagai Tasnim
Tisha Shamsir sebagai Needa
Aedy Ashraf sebagai Nazril
Julia Ziegler sebagai Juliana
Ramli Salleh sebagai Tuan Idris
Zaidi Omar sebagai Bakri
Fazlina Ahmad Daud sebagai Zakiah
Farisha Irwayu sebagai Mak Tasnim
Qazem Nor sebagai Ehsan
Mimi Ernida sebagai Sheila
Adiba Yunus sebagai Azah
Afifah Nasir sebagai Syafikah
Melly Amalin sebagai Norzie
Firdaus Ghufran sebagai Aiman
Keena Mentor sebagai Fina

LAGU TEMA / OST 
Tajuk Lagu : Bahagia Kasihmu
Penyanyi : Ippo Hafiz 

SINOPSIS BAHAGIA KASIHMU
Mengisahkan Tasnim, seorang gadis yang baru keluar dari Sekolah Tunas Bakti (pusat pemulihan akhlak). Dia cekal mahu merubah hidupnya dengan berpegang dengan keimanan. Namun cabaran yang bertandang membuatkan dia hampir tersungkur. Tekanan orang-orang sekeliling seakan tiada ruang untuk dia menjadi yang terbaik kepada diri sendiri. Pangkat dan darjat, tetap jadi keutamaan sesetengah manusia, biarpun kebenaran jelas terbentang. Namun Tasnim tetap terus bangkit. Berjuang demi dirinya sendiri. Dapatkah dia melawan nafsu atau akan sekali lagi tewas dengan keasyikan duniawi?

SINOPSIS NOVEL BAHAGIA KASIH MU
Diburu masa silam, Tasnim sentiasa kegelisahan. Kepahitan semalam mendera perasaan. Terus, dia tidak berani mencintai. Jauh sekali membiarkan dirinya dicintai. Dia sentiasa sedar di mana dia berpijak. Di penjuru mana dia berdiri.

Kemunculan Zarul, memang tidak diduga. Tanpa sedar, lelaki itu menjadi watak penting dalam hari-harinya. Dia seolah terikat dengan Zarul. Ingin menjauh, tetapi makin dekat pula jadinya. Dalam diam, sedetik rasa mula bertunas dalam jiwanya.

“Awak adalah perempuan yang berjaya membuka pintu hati saya. Siapa pun awak sebelum ini, saya tak kisah.Izinkan saya bahagiakan awak.”

Tasnim terkedu. Pertemuan mereka tidak pernah dirancang. Perkenalan mereka tanpa salam. Lalu, semudah itukah dia melafazkan kata cinta?

Kata pujangga, apabila hati disimbahi cahaya cinta, sinarnya akan dapat dibaca pada seri wajah. Begitulah hebatnya kuasa cinta. Jadi, wajarkah dia menolak hakikat sebuah kehidupan?

Hakikatnya, cinta itu permulaan sebuah derita. Dibayar de-ngan air mata sekalipun belum tentu mendatangkan bahagia sekelip mata.

Pergilah cinta, andai itu mampu mengembalikan kebahagiaan. Biarkan sahaja bahagia kasih itu berlalu, andainya itulah harga sebuah kepahitan yang perlu dibayar. Biarlah rindu ini terus tersimpan dalam lipatan memori cinta.


GAMBAR PELAKON
Bahagia Kasihmu

Drama Bahagia Kasihmu TV3
watak utama
Pelakon Bahagia Kasihmu
Pelakon drama Bahagia Kasihmu

You Might Also Like

0 comments

recent posts

Facebook

Follow