Seutas Gelang Emas (TV3)

Seutas Gelang Emas

JUDUL : SEUTAS GELANG EMAS
TARIKH / MASA : Jumaat, 8 Julai, 2.00 petang
SIARAN : TV3
SKRIP : Rosmadewi Zain
PENGARAH : Raja Mukhriz
TERBITAN : A.Aida Production Sdn. Bhd
PELAKON : Fahrin Ahmad, Jaja (DFKL), Rosnah Mad Aris, Norlia Ghani, Fasha Sandha

SINOPSIS SEUTAS GELANG EMAS
Adam tinggal dengan ibunya di kampung. Berjawatan tinggi dan bergaji besar menyebabkan ibunya, Hasnah cukup bangga. Satu hari Bedah, penjual barang kemas, datang ke rumahnya untuk mengajak ke kenduri doa selamat. Di samping itu Bedah membuka juga barangan kemasnya. Hasnah tertarik pada seutas gelang tangan tetapi Adam tidak mengendahkannya. Adam jatuh hati pada Zaira, rakan sepejabatnya dan kemudiannya mereka berkahwin. Mulanya Zaira sangat rajin di dapur tapi bila bekerja semula, dia jadi lemak. Manisah dengan bangga menunjukkan gelangnya kepada Hasnah. Hasnah merasa sedih dan memalingkan muka tak sanggup melihat gelang yang sangat diingininya itu dipakai oleh besannya kerana Adam mampu membelikan gelang untuk mentuanya tapi bukan untuknya.