,

Drama Mariam Alisa (TV3)

08:00:00

Mariam Alisa

Drama terbaru produksi Radius One Sdn Bhd berjudul Mariam Alisa akan mengisi slot Lestary TV3. Drama arahan Shahrulezad Mohameddin itu dibarisi pelakon-pelakon baru seperti Elvina, Ben Amir, Amirul Faqeem, dan Haris. Drama Mariam Alisa akan ditayangkan bermula 25 Ogos ini, setiap hari Rabu hingga Jumaat pada jam 9 malam di TV3.

JUDUL : MARIAM ALISA
EPISOD : 13 episod
TARIKH TAYANGAN : 26 Ogos 2016
HARI / MASA : Rabu hingga Jumaat, 9.00 malam
SIARAN : Slot Lestary TV3
PENGARAH : Shahrulezad Mohameddin
TERBITAN : Radius One Sdn Bhd
PELAKON : Elvina Teylv, Ben Amir, Amirul Faqeem, Haris Zainuddin, Aida Aris, Roy Azman, Nadia Aqilah, Najua Pramlee, Zalikha Awaluddin, Ramli Saleh, Mak Wan, Zulkifli Saleh, Norazian Ibrahim

WATAK PELAKON
Elvina Mohamad sebagai Mariam
Ben Amir sebagai Farhan
Amirul Faqeem sebagai Ustaz Haiqal
Haris Zainuddin sebagai Fareeq
Roy Azman sebagai Dato Mokhtar
Aida Aris sebagai Datin Hayati
Nadia Aqilah sebagai Shermin
Najua Pramlee sebagai Adila
Ramli Saleh sebagai Ayah
Mak Wan sebagai Mak Jah
Zulkifli Saleh sebagai Pak Mat
Norazian Ibrahim sebagai Emak

LAGU TEMA / OST MARIAM ALISA

Lagu : Dalam Keraguan
Penyanyi : Nadia Aqilah

Lagu : Hadir
Penyanyi : Nadia Aqilah

Video & Lirik : LINK

SINOPSIS MARIAM ALISA
Mengisahkan tentang seorang gadis kampung yang cantik. Dia tinggal berdua bersama ayahnya yang uzur dan lumpuh. Nama gadis itu Mariam Alisa (Elvina). Ayah Mariam berasa tidak selesa bila dirinya dijaga dan dirawat oleh anak daranya itu.

Dia mencadangkan agar Mariam bernikah dengan Ustaz Haiqal memandangkan Ustaz Haiqal (Amirul Faqeem) kerap melawat kedua beranak ini dan sering membantu Mariam. Biarpun Ustaz Haikal adalah seorang lelaki yang baik, hati Mariam tidak terbuka untuknya atau mana-mana lelaki lain. Ini kerana dia telah serik dipermainkan oleh lelaki yang berada.

Untuk menyara kehidupan dia dan ayahnya, Mariam menjual nasi lemak di sebuah gerai di kampung mereka itu. Begitulah rutin kehidupan Mariam setiap hari. Hendak dijadikan cerita, satu hari seorang lelaki bernama Farhan (Ben Amir) singgah di gerai itu untuk membeli nasi lemak.

Kecantikan Mariam membuatkan lelaki itu terpukau seketika sehingga langsung tidak mendengar pertanyaan Mariam. Mariam menyangkakan lelaki itu pekak. Malah dari cara pemakaian lelaki itu, Mariam membuat andaian lelaki itu adalah seorang yang tidak berada.

Semenjak pertemuan pertama itu, Farhan kerap singgah ke kedai Mariam. Tujuan sebenarnya bukan untuk membeli nasi lemak tetapi kerana ingin melihat Mariam. Mariam pula mula tertarik kepada Farhan, tetapi dia masih tidak tahu bahawa sebenarnya Farhan bukan seorang lelaki yang pekak.

Adakah Farhan akan berterusan berpura-pura pekak? Apa akan terjadi kepada kesudahan kisah ini. Benarkah Farhan bukan lelaki berada? Bagaimana pula dengan permintaan ayah Mariam yang inginkan dirinya berkahwin dengan Ustaz Haiqal.

GAMBAR PELAKON

Mariam Alisa

Pelakon Mariam Alisa
watak utama drama Mariam Alisa
Drama Mariam Alisa TV3
barisan pelakon

You Might Also Like

0 comments

recent posts

Facebook

Follow