,

Jubah Untuk Airin (TV1)

19:17:00

Jubah Untuk Airin

Saksikan telefilem Jubah Untuk Airin gandingan pelakon Siti Elizad, Ungku Ismail dan Uqasha Senrose. Sebuah telefilem arahan Mohd Al-Bakari Harith terbitan Ardwerk Production Sdn Bhd. Akan disiarkan pada hari ini, Sabtu, pukul 9.30 malam menerusi slot Panggung Seri TV1. Bagi yang tidak sempat untuk menonton di TV, boleh menontonnya menerusi portal Myklik (myklik.rtm.gov.my).  

JUDUL : JUBAH UNTUK AIRIN
TARIKH / MASA : Sabtum 16 Julai 2016, 9.30 malam
SIARAN : Slot Panggung Seri TV1 (RTM)
SKRIP : Molly Aziz
PENGARAH : Mohd Al-Bakari Harith
TERBITAN : Ardwerk Production Sdn Bhd
PELAKON : Siti Elizad Sharifuddin, Ungku Ismail Ungku Aziz, Uqasha Senrose, Eliza Mustafa, Mubarak Majid, Azizul Ammar Titan, Abdullah Helmi, Fetty Zul

SINOPSIS JUBAH UNTUK AIRIN
Mengisahkan tentang Airin Sofia, seorang model terkenal yang memiliki Agensi Lavendar Beauty bersama Melisa yang merupakan pengurusnya. Dia yang berada di puncak kegemilangan mula mencari diri sendiri selepas insiden kematian Ucu Cah. Hidup Airin berubah di mana beliau mula keliru. Ianya tidak mudah seperti yang disangka kerana beliau perlu menempuh banyak cabaran dan rintangan. Dugaan yang paling hebat apabila dia perlu berdepan dengan dirinya sendiri untuk berubah demi mencapai impiannya.

Airin terserempak beberapa kali dengan Fahri secara kebetulan. Airin mula menolak beberapa tawaran pertunjukan model dan ini membuatkan Melisa marah. Airin menghadiri kelas agama kendalian Fahri dan menjadi model muslimah untuk butik milik Nusaibah, adik Fahri. 

Melisa merancang bersama Ihsan untuk mengambil alih syarikat dan mensabotaj imej Airin serta mengupah Anuar untuk menculik Airin. Pak Seman yang merupakan ayah Anuar terserempak dengan tempat Airin disembunyikan oleh Anuar di kampungnya bertindak menghubungi polis dan mereka semua telah diberkas. Fahri mengambil keputusan untuk melamar Airin.

Pelakon Jubah Untuk Airin
gambar pelakon telemovie Jubah Untuk Airin

You Might Also Like

0 comments

recent posts

Facebook

Follow