Sepahtu Mercun Raya (Astro)

Sepahtu Mercun Raya

Saksikan gelagat kumpulan Sepahtu dan rakan-rakan dalam telefilem Sepahtu Mercun Raya pada hari Sabtu ini jam 9 malam di saluran Astro Ria.

JUDUL : SEPAHTU MERCUN RAYA
TARIKH / MASA : Sabtu 2 Julai, 9.00 malam 
SIARAN : Astro Ria & Astro Ria HD
PENGARAH : M.Danial
TERBITAN : Prima Kreatif Snd Bhd
PELAKON : Jep Sepahtu, Shuib Sepahtu, Izreen Azminda, Chiwan Chilok

SINOPSIS SEPAHTU MERCUN RAYA
Kisah Jep dan Shuib memarahi Mamat kerana sikapnya yang suka mengurat anak jiran sebelah yang juga gadis idaman Jep dan Shuib. Akibatnya, Mamat hilang pada hari pertama Ramadan. Jep dan Shuib berusaha mencari Mamat dan dalam pencarian itu, mereka terjumpa sebuah lori terbabas di tepi jalan dan mempunyai muatan mercun seludup. Kedua-duanya lupa tujuan mencari Mamat yang hilang dan mula memberi perhatian pada mercun seludup tersebut. Mereka menjual mercun itu sedikit demi sedikit dan gembira dengan wang yang diperoleh. Namun tanpa disangka, mereka dihantui hantu cina iaitu pemandu lori tersebut yang cuba menuntut kembali mercun-mercun miliknya. Akhirnya perbuatan Jep dan Shuib dihidu pihak berkuasa. Pada pagi raya, Mamat datang menjenguk Jep dan Mamat di lokap dan mereka menjamah ketupat bersama.