,

Sepahtu Kisah Tauladan (Astro)

15:00:00

SepahtuKisah auladan

Saksikan telatah mencuit hati kumpulan Sepahtu bersama Amira Othman dan Zul HandyBlack dalam telefilem Sepahtu Kisah Tauladan yang akan disiarkan di Astro Ria pada hari Sabtu ini jam 9 malam. 

JUDUL : SEPAHTU KISAH TAULADAN
TARIKH / MASA : Sabtu, 18 Jun 2016, 9.00 malam
SIARAN : Astro Ria & Astro Ria HD
PELAKON : Jep Sepahtu, Shuib Sepahtu, Amira Othman, Zul HandyBlack 

SINOPSIS SEPAHTU KISAH TAULADAN
Kisah Jep, ketua budak nakal di kampung. Suatu hari di bulan Ramadan, seperti biasa Jep melakukan kenakalan dan telah melanggar seorang lelaki tua dan menyebabkan lelaki tua itu cedera parah. Sewaktu sedang nazak, lelaki tua itu berpesan dan meminta Jep berubah menjadi insan baik. Kemudian lelaki tua itu hilang dari pandangan Jep dan Jep mula kaget.  Selepas peristiwa itu, Jep bertekad untuk menjadi lebih baik dan secara sukarela menjaga kebajikan di sebuah surau dengan kebenaran Imam Shuib. Bagaimanapun, perubahan sikap Jep menyebabkan ahli-ahli kumpulannya marah dan membuat fitnah serta melakukan sabotaj sehingga Jep dibenci penduduk kampung. Jep nekad membuktikan dia tidak bersalah dan mengatur strategi untuk mengenakan geng nakal itu kembali. Usahanya membuahkan kejayaan dan Jep akhirnya menjadi kebanggaan masyarakat kampung dan dijadikan contoh tauladan.

Sepahtu Kisah Tauladan

You Might Also Like

0 comments

recent posts

Facebook

Follow