,

Drama Mr Secret Admirer (HyppTV)

19:18:00

Mr Secret Admirer

Drama terbaru yang diadaptasi daripada novel cinta, Mr Secret Admirer karya Shila Alish menampilkan Fezrul Khan dan Elfira Loy sebagai teraju utamanya. Drama bersiri 13 episod ini diarahkan oleh Mohd Jeffri Mohd Yusoff, terbitan JNI Creative Sdn Bhd. Akan ditayangkan di HyppTV bermula 17 Jun ini jam 9 malam, setiap hari Jumaat saluran HyppSensasi 116. 

JUDUL : MR. SECRET ADMIRER
EPISOD : 13 Episod
TARIKH TAYANGAN : 17 Jun 2016
HARI / MASA : Setiap Jumaat, 9 malam
SIARAN : HyppSensasi 116 (HyppTV)
PENGARAH : Mohd Jeffri Mohd Yusoff
TERBITAN : JNI Creative Sdn Bhd
PELAKON : Fezrul Khan, Elfira Loy, Lan Siro, Putri Najuwa, Faizal Husin, RusdiRamli, Dian P.Ramlee, Zarina Zainudin, Zila Bakarin, Mubarak Majid, Nazmi Nordin 

WATAK PELAKON
Fezrul Khan sebagai Syed Redza 
Elfira Loy sebagai Zureen
Putri Najuwa sebagai Lisa
Zarina Zainuddin sebagai Datin Fatimah
Lan Siro sebagai Dr Haziq
Nazmi Nordin sebagai Imran

SINOPSIS MR SECRET ADMIRER
Mengisahkan syed Redza yang terbabit dalam kemalangan jalaraya sehingga menyebabkannya lumpuh. Syed Redza anak kepada Dato’ Syed Munawar dan Datin Fatimah sudah bertunang dengan Liza. Setelah mengetahui akan kecurangan tunangnya Lisa, dia mulai patah hati dan menganggap semua perempuan sama.Ketika dalam lumpuh, ibubapa Syed Redza mengambil jururawat peribadi bernama Zureen untuk menjaga Syed Redza. Pada mulanya Syed Redza tidak melayan Zureen dengan mesra. Namun lama kelamaan perasaan cinta mula berputih.Dalam waktu yang sama, Zureen diminati oleh seorang doktor muda, Dr Haziq. Namun Zureen menganggap Dr Haziq tidak lebih dari seorang abang angkat. Dr Haziq juga menyimpan perasaan secara diam-diam terhadap Zureen. Setelah Syed Redza dan Zureen bertunang, Lisa muncul semula dalam hidup Syed Redza. Dato’ Syed Munawar memujuk agar Syed Redza menerima semula Lisa atas sebab-sebab perniagaan. Ini membuatkan Zureen patah hati lalu membawa diri ke Dubai. Setelah beberapa lama di Dubai, Zureen terpaksa pulang semula ke Malaysia dan akhirnya hubungan Zureen dan Syed Redza kembali terjalin dan akhirnya mereka melangsungkan perkahwinan.

GAMBAR PELAKON

Drama Mr Secret Admirer
Syed Redza dan Zureen
Pelakon Mr Secret Admirer
Pelakon drama Mr Secret Admirer 

You Might Also Like

1 comments

recent posts

Facebook

Follow