Calon Syurga (Cerekarama TV3)

Calon Syurga TV3

Jangan lupa untuk saksikan telefilem Calon Syurga lakonan hebat Shukri Yahaya, Norlia Ghani, dan Jalil Hamid. Telfilem arahan Rashid Sibir itu akan disiarkan di slot Cerekarama TV3 pada hari Sabtu ini, 11 Jun 2016, pukul 10 malam.

JUDUL : CALON SYURGA
TARIKH / MASA : Sabtu, 11 Jun 2016, 10.00 malam
SIARAN : Slot Cerekarama TV3
PENGARAH : Rashid Sibir
PELAKON : Shukri Yahaya, Norlia Ghani, Jalil Hamid, Nazrief Nazri, Puteri Octovia 

SINOPSIS CALON SYURGA
Mengisahkan Aliff seorang remaja yang degil dan sukar untuk mendengar nasihat ibu bapanya, Mak Tom & Pak Abu. Suatu hari, Aliff tidak pulang ke rumah untuk beberapa hari kerana bergaduh dengan Mak Tom. Setelah pulang, Aliff terkejut apabila melihat Mak Tom sudah tidak mampu bergerak banyak kerana diserang angin ahmar. Namun, hati Aliff terbuka apabila melihat Mak Tom masih menyediakan keperluan rumahtangga seperti memasak dan sebagainya. Aliff mula berubah menjadi anak yang soleh dan taat kepada ibu bapanya sehinggalah muncul Dina, teman wanitanya yang mula cemburu dan benci akan tindakan Aliff yang masih mahu menjaga ibunya yang cacat. Dina mengugut untuk putus hubungan sekiranya Aliff masih tetap menjaga Mak Tom yang cacat. Aliff memilih untuk mencium bau syurga dengan menjaga ibunya dengan penuh kasih sayang.

Calon Syurga Cerekarama TV3
pelakon telemovie Calon Syurga