Drama Marhaban Kome Oi (TV3)

Marhaban Kome Oi

Drama bersiri Marhaban Kome Oi akan datang di slot Iris TV3. Dibarisi pelakon seperti Fauziah Nawi, Delimawati, Kartina Aziz, Tash Yong, Raja Azmi, Watie Sadali, Ana Dahlia dan ramai lagi. Sebuah drama komedi arahan Nuad Hj Othman terbitan A.Aida Production Sdn Bhd. Akan ditayangkan bermula 18 Julai 2016, pada setiap hari Isnin hingga Khamis jam 6.30 petang di TV3.
  
JUDUL : MARHABAN KOME OII
EPISOD : 20 episod
TARIKH TAYANGAN : 18 Julai 2016
HARI / MASA : Isnin-Khamis, 6.30 petang
SIARAN : Slot Iris TV3
SKRIP : Azlina Din
PENGARAH : Nuad Hj Othman
TERBITAN : A.Aida Production Sdn Bhd
PELAKON : Fauziah Nawi, Delimawati, Kartina Aziz, Raja Azmi, Watie Sadali, Ana Dahlia, Keena Mentor, Raja Azmi, Natasha Shazlia (Tash Yong), Sabhi Saddi, Syed Ali, Fad Anuar, Ayu Myazumi

WATAK PELAKON 
Fauziah Nawi sebagai Ustazah Faridah
Dalimawati sebagai Mak Timah Latah
Kartina Aziz sebagai Opah Kuntum
Raja Azmi sebagai Opah Sala
Watie Sadali sebagai Kak Besah Lawa
Ana Dahlia sebagai Mak Dara
Keena Mentor sebagai Mek Tina
Tash Yong sebagai Orked
Sabhi Saddi sebagai Ijam
Syed Ali sebagai Norman

SINOPSIS MARHABAN KOME OI
Kampung Seri Selasih mempunyai kumpulan marhaban bernama Wardah yang dianggotai oleh lapan wanita dan diketuai oleh Ustazah Faridah (Fauziah Nawi). Mereka amat komited terhadap aktiviti marhaban dan sering mendapat undangan. Perwatakan dan karenah setiap ahli marhaban yang berbeza ini sering menimbulkan pelbagai insiden lucu dan mencuit hati. Ada yang gedik, sering mencari wajah kacak ketika bermarhaban. Dan ada yang menjalani pembedahan mata dan terpaksa memakai cermin mata hitam sepanjang marhaban, dan ada yang merasakan dirinya seolah-olah seorang selebriti serta ada yang melatah sehingga terbongkar rahsia perniagaan bahulunya dan pelbagai karenah lain yang mencuit hati.

Pada suatu malam, ketika sesi latih marhaban sedang berjalan, Mak Dara (Ana Dahlia) telah memberitahu kepada ahli kumpulan yang lain bahawa kumpulan Marhaban Kome Oi (MKO) telah dijemput untuk menyertai pertandingan marhaban peringkat daerah. Rupa-rupanya, Mak Dara telah mendaftarkan nama kumpulan MKO untuk pertandingan ini sebagai satu bentuk promosi. Mereka semua menjadi lebih teruja apabila mendapat tahu bahawa hadiah utama pertandingan ini bernilai RM10,000!

Konflik berlaku apabila salah seorang ahli kumpulan MKO, Kak Besah Lawa (Watie Sadali), tidak dapat menyertai pertandingan itu kerana dia bercadang untuk ke Paris bersama-sama dengan bekas-bekas ratu cantik yang lain untuk memperkenalkan pakaian tradisi Malaysia. Ahli kumpulan MKO memujuk Kak Besah Lawa agar menyertai pertandingan marhaban ini. Oleh kerana ini merupakan satu-satu peluang terbaik untuk ke luar negara, Kak Besah Lawa tidak ingin melepaskan peluang keemasan ini.

Pada mulanya, mereka bercadang untuk mencari pengganti baru sahaja. Akan tetapi, masa semakin suntuk dan mereka takut sudah tidak sempat untuk menjalankan sesi latihan. Adakah impian mereka untuk memenangi hadiah wang tunai sebanyak RM10,000 akan tercapai?

GAMBAR PELAKON

Marhaban Kome Oi
Marhaban Kome Oi TV3
 kumpulan marhaban menghidupkan lagi suasana majlis diadakan
Pelakon Marhaban Kome Oi
Pelakon drama Marhaban Kome Oi
Drama Marhaban Kome Oi
Pengambaran di sekitar daerah Parit, Perak