,

Fatin (Cerekarama TV3)

20:00:00

Fatin Cerekarama TV3

Saksikan telefilem FATIN lakonan Sharifah Amani dan Yuyun Yuzlin. Arahan pengarah filem CEO, Razaisyam Rashid dibawah terbitan Balang Rimbun Sdn Bhd. Kisah tentang kasih ibu, rindu seorang anak dan kasih sayang yang tidak pernah padam. Bersiaran pada hari Sabtu ini, jam 9 malam di slot Cerekarama TV3.

JUDUL : FATIN
TARIKH / MASA : Sabtu, 2 April 2016, 9.00 malam
SIARAN : Slot Cerekarama TV3
PENGARAH : Razaisyam Rashid
TERBITAN : Balang Rimbun Sdn Bhd
PELAKON : Sharifah Amani, Yuyun Yuzlin, Nadia Aqilah, Nadiya Nisaa, Pekin Ibrahim

VIDEO PROMO


SINOPSIS TELEMOVIE FATIN
Mengisahkan Faz seorang penari kebudayaan yang hidup di tengah kota Kuala Lumpur di sebuah flat PKNS yang sempit. Prinsip hidupnya 'living by a moment' dan tak mahu fikir tentang masa depan kerana dia menganggap itu semua menyusahkan. Faz merupakan seorang ibu muda dan telah berpisah dengan suaminya. Hasil perkahwinan itu, Faz dikurniakan seorang anak bernama Fatin. Fatin dibesarkan oleh bapanya sehinggalah bapanya meninggal dunia dan dia dijaga oleh neneknya.

Suatu hari ibu kepada bekas suaminya, Mak Zakiah datang bersama Fatin, anak kandungnya yang sudah 12 tahun dia tak jumpa. Faz mendapat berita bekas suaminya baru sahaja meninggal dunia. Mak Zakiah, yang hendak mengerja umrah lalu memohon jasa baik Faz untuk menjaga Fatin selama sebulan. Dalam keterpaksaan, Faz menerima permohonan itu.

Faz dan arwah bekas suaminya berkahwin pada usia yang muda. Namun perkahwinan itu tak mendatangkan keserasian. Faz inginkan kebebasan sementara Amirul seorang yang inginkan kestabilan. Pada usia Fatin 1 tahun, Faz dan Amirul bercerai. Faz tidak pernah mengambil kisah tentang anaknya kerana pada dasarnya dia memang tidak menginginkan anak. Maka kehadiran Fatin di rumahnya mendatangkan situasi janggal.

Apabila tiba waktu neneknya menunaikan umrah, Fatin diserahkan kepada Faz. Bagi Faz, menjaga seorang anak selama sebulan adalah sesuatu yang janggal dan asing baginya. Selama ini hidupnya bebas. Kini dia terpaksa membesarkan anak kandungnya itu. Selama sebulan, pelbagai perkara yang berlaku telah menyedarkan Faz untuk mengerti pengorbanan dan kasih sayang seorang ibu terhadap Fatin. Tiba waktu untuk menghantar Fatin kepada ibu mentuanya semula. Faz rasa kosong. Barulah dia sedar dan menghargai nilai seorang anak yang selama ini dikandungnya.

LAGU LATAR / OST
White Shoes & The Couples Company - Bersandar
Laila's Lounge - Wajah
Sore - Pergi Tanpa Pesan

Pelakon Fatin TV3
pelakon telemovie Fatin

You Might Also Like

1 comments

  1. Lagu masa dlm kereta si fatin n faz dgr tu.tajuk ape rh

    ReplyDelete

recent posts

Facebook

Follow