Drama Bagaikan Kelip-Kelip (TV9)

Bagaikan Kelip Kelip TV9

Drama terbaharu terbitan Orange Production berjudul 'Bagaikan Kelip-Kelip' akan ditayangkan di slot Azalea TV9. Dibarisi pelakon seperti Ben Amir, Ruhainie, Shah Jaszle, Aishah Azman, Alis Mariya, dan ramai lagi. Drama bersiri 20 episod ini diarahkan oleh Nizam Zakaria. Bakal menemui penonton bermula 19 Julai 2016, setiap hari Selasa hingga Ahad jam 8.30 malam di TV9.

JUDUL : BAGAIKAN KELIP-KELIP
EPISOD : 20 episod
TARIKH TAYANGAN : 19 Julai 2016
HARI / MASA : Selasa-Ahad, 8.30 malam
SIARAN : Slot Azalea TV9
SKRIP : Shuhadatul Ain Zakaria
PENGARAH : Nizam Zakaria
TERBITAN : OrangeTree Production Sdn Bhd
PELAKON : Aishah Azman, Ben Amir, Shah Jaszle, Ruhainies, Alis Mariya, Esma Daniel, Amirul Faqeem, Amyza Aznan, Razak Ahmad, Eizlan Yusof, Wan Nor Azlin, Fazlina Ahmad Daud, Mili Supina, Idzham Ismail, Jamil Abdul Manap, Siraj Azman

WATAK PELAKON
Aishah Azman sebagai Salina
Shah Jaszle sebagai Fairuz
Ben Amir sebagai Ashreeq
Ruhainie sebagai Marlina
Razak Ahmad sebagai Pak Salleh
Esma Daniel sebagai Azman
Alis Mariya sebagai Mira
Eizlan Yusof sebagai Tuan Zamri
Wan Nor Azlin sebagai Puan Sufi
Amyza Aznan sebagai Azlina
Fazlina Ahmad Daud sebagai Zaiton
Idzham Ismail sebagai Saiful
Mili Supina sebagai Azni
Amirul Faqim sebagai Sufiyan
Jamil Abdul Manap sebagai Pak Abu
Siraj Azman sebagai Kak Midah

SINOPSIS BAGAIKAN KELIP-KELIP 
Mengisahkan Salina (Aishah Azman), gadis muda yang berkahwin dengan seorang duda yang juga ayah kepada sahabat baiknya. Salina terlebih dahulu pernah menjalinkan hubungan dengan Ashreeq (Ben Amir) namun dirahsiakan kerana Marlina turut meminati Ashreeq.

Konflik bermula apabila Azman (Esma Daniel), yang kematian isteri membuat keputusan untuk mengahwini Salina (Aishah Azman) yang juga anak kepada rakan sekerjanya, Pak Salleh (Razak Ahmad). Perkahwinan Azman ditentang keras oleh anak sulungnya, Marlina (Ruhainies). Marlina tidak menyangka terlalu cepat bapanya mencari pengganti ibunya lebih-lebih lagi usia Salina tidak jauh beza dengan usianya. Walaupun sebelum ini hubungan Marlina dan Salina sangat baik namun dia tetap tidak dapat menerima kehadiran Salina yang dianggap menjadi perosak kebahagian keluarganya. Mira, anak bongsu Azman pula lebih kepada mendengar kata dan menjadi anak yang baik menerima segala keputusan Azman.

Namun, malang tidak diduga, Azman pergi mengadap Ilahi dan kebahagian yang dirasa Salina hanyalah seketika bagaikan cahaya kelip-kelip yang indahnya hanya sementara. Salina bagaimanapun telah berjanji dengan Azman untuk menjaga dan membesarkan anak-anak tirinya walau apa pun terjadi. Bermula episod derita Salina apabila terpaksa menerima segala cacian, makian dan berjuang untuk membesarkan anak-anak tiri yang tidak menyukainya. Salina terpaksa bekerja lebih kuat, dia perlu menanggung ayahnya yang sakit dan dua anak tirinya. Salina juga cuba melakukan pelbagai cara untuk merapatkan hubungannya bersama anak-anak tirinya terutamanya Marlina namun dia gagal malahan menjadi lebih teruk lagi.

Salina terus cekal dengan dugaan orang sekeliling dan status janda itu harus dia tempuhi dengan redha dan sabar. Ashreeq kembali menagih kasih. Pertemuan yang tak terduga bersama Fairuz (Shah Jaszle) seorang usahawan muda juga menjadikan hati Salina kembali teruji. Adakah Salina akan terus memendam perasaan dan berkorban sepanjang hayatnya?

LAGU TEMA / OST BAGAIKAN KELIP-KELIP
Tajuk : Oh No
Penyanyi : Tasha Manshahar Feat. Viral
Video & Lirik : Link

GAMBAR PELAKON
Bagaikan Kelip Kelip

Drama Bagaikan Kelip-Kelip TV3
Ashreeq, Salina & Fairuz
Drama Bagaikan Kelip-Kelip TV9
Keluarga Azman
Pelakon Bagaikan Kelip-Kelip
Pelakon drama Bagaikan Kelip-Kelip