Apabila Isteriku Melatah (TV9)

Apabila Isteriku Melatah

Saksikan telefilem Apabila Isteriku Melatah lakonan Chacha Maembong dan Zoey Rahman yang akan ditayangkan pada Isnin ini, jam 8.30 malam di TV9. Telefilem garapan pengarah Yusof Wabah ini menceritakan komflik gadis melatah yang mahu mendirikan rumah tangga.

JUDUL : APABILA ISTERIKU MELATAH
TARIKH / MASA : Isnin, 11 April 2016, 8.30 malam
SIARAN : Slot Skrin Di 9 (TV9)
PENGARAH : Yusof Wahab
TERBITAN : NiZarman Sdn Bhd
PELAKON : Chacha Maembong, Zoey Rahman, Mahmud Ali Bashah, Aznah Hamid

SINOPSIS APABILA ISTERIKU MELATAH
Krisya, seorang gadis cantik dan bijak tetapi mempunyai kelemahan suka melatah. Penyakit latahnya diwarisi dari arwah neneknya. Namun Edry berasa terhibur dengan keistimewaan Krisya dan hendak memperkenalkan Krisya kepada keluarganya. Krisya enggan, takut sifat latahnya tidak disukai keluarga Edry. Bapa Edry tidak kisah jika Edry berkahwin dengan Krisya. Sebaliknya Datin tidak menyukai Krisya.

Pelakon Apabila Isteriku Melatah
Pelakon telemovie Apabila Isteriku Melatah