Drama Antara Dua Dunia (TV Alhijrah)

Antara Dua Dunia

Drama terbaru berjudul Antara Dua Dunia akan datang menemui penonton di TV Alhijrah. Menampilkan lakonan Izzue Islam dan Nad Zainal. Drama bersiri 13 episod arahan Mohd Faizal Ariff terbitan NHF Productions Sdn Bhd. Bersiaran mulai 1 April 2016, setiap hari Khamis hingga Jumaat jam 9.30 malam di saluran TV ALHIJRAH 114.

JUDUL : ANTARA 2 DUNIA
EPISOD : 13 Episod
TARIKH TAYANGAN : 1 April 2016
HARI / MASA : Khamis-Jumaat, 9.30 malam
SIARAN : TV ALHIJRAH 114
PENGARAH : Mohd Faizal Ariff
TERBITAN : ‪NHF Productions Sdn Bhd
PELAKON : Izzue Islam, Nad Zainal, Dato Jalaludin, Rafizuddin,  Mas Khan, Caca Raja lawak, Fish Fazil, Fatihah Baharum, Iman Iskandar, Mak Wan 

SINOPSIS ANTARA DUA DUNIA
Raisha (Nad Zainal) adalah graduan institut pengajian tinggi awam (IPTA) yang juga anak tunggal kepada ahli perniagaan terkenal, Datuk Ridwan (Jalaludin). Prinsip Raisha dan bapa­nya sangat bercanggah sehinggakan mereka sering berselisih faham. Dia tidak mahu hidup bertuhankan harta dan lebih mementingkan nilai murni dalam setiap perkara yang dilakukan. Datuk Ridwan ingin menjodohkan Raisha dengan anak rakannya dengan harapan perniagaan mereka semakin maju.

Satu hari, Raisha dan Ridwan bergaduh di hadapan Azman (Izzue) yang baru sehari bekerja di syarikat itu. Berang dengan sikap Raisha, Ridwan mencabar dia berkahwin dengan Azman. Tidak mahu mengalah Raisha menyahut cabaran bapanya. Raisha cuba mengenali Azman dengan lebih rapat. Keperibadian dan latar belakang jejaka itu meyakinkan Raisha untuk meneruskan cabaran bapanya.

Drama Antara 2 Dunia
Pelakon drama Antara 2 Dunia