Telefilem Kontras (TV9)

Kontras TV9

Saksikan telefilem menarik ‘Kontras’ lakonan Mimi Ernida, Dottie, Kamal BMB, Syanie dan Kamarul Yusof yang akan disiarkan menerusi slot Skrin Di 9 pada 28 Mac 2016 nanti. Telefilem terbitan Teguh Setanding itu diarahkan oleh Raja Mukhriz dan nukilan skrip oleh Sobronto. 

JUDUL : KONTRAS
TARIKH / MASA : Isnin, 28 Mac 2016, 8.30
SIARAN : Slot Skrin Di 9 (TV9)
SKRIP : Sobronto
PENGARAH : Raja Mukhriz
TERBITAN : Teguh Setanding
PELAKON : Mimi Ernida, Syuhaida Abraz, Kamal BMB, Syanie, Kamarul Yusof, Abon, Arriff Sumbu

SINOPSIS KONTRAS
Mengisahkan Marini atau Rini (Mimi Ernida) seorang gadis berbadan kurus, lurus dan selalu dibuli oleh rakan-rakan sepejabatnya. Rini impikan kekasih hati yang kacak dan berbadan sado. Malangnya, setiap pemuda yang ditemuinya secara empat mata akan menolak cintanya. Satu-satunya rakan baiknya ialah Christine Chia Ling atau Ling, seorang gadis Cina yang peramah.

Zaharin atau Rain (Kamal BMB) ialah seorang pemuda berbadan gempal baru sahaja membuka pusat gym berkongsi modal dengan abangnya, Zahari atau Ari. Namun, pusat gym yang baru dibuka itu tidak ramai pelanggan kerana pelanggan sendiri tidak percaya kepada Rain yang berbadan gempal.

Suatu hari, Rini dan Ling mendaftar di Pusat Gym RAIN. Mereka ketawa dan memperli Rain sebagai pengusaha Pusat Gym yang tidak sedar diri. Apabila pulang ke rumah, Ling cuba memotivasi Rini dengan mengatakan Rini boleh mengambil peluang bercinta dengan orang berbadan gempal seperti Rain.

Jadi, bermulalah sesi Rini ‘mengurat’ Rain. Rain memperkenalkan Rini kepada keluarganya, Datuk Malek dan Datin Maimunah. Semua ahli keluarga Rain berbadan gemuk dan menganggap wanita yang kurus tidak menarik serta tidak layak masuk ke dalam keluarga mereka. Rain mempertahankan cintanya dan mengatakan dia sanggup kahwin lari. Apakah yang akan berlaku seterusnya? 

TONTON TELEFILEM KONTRAS > LINK