,

Reza, Arman dan Bill (Cerekarama TV3)

15:36:00

Reza, Arman dan Bill

Jangan ketinggalan untuk saksikan telefilem 'Reza, Arman dan Bill' lakonan hebat Syafie Naswip, Aedy Ashraf, Fimie Don dan ramai lagi. Turut membawakan penampilkan istimewa pemain bolasepak selangor Mohd Azrif Nasrulhaq. Telefilem ini diarahkan oleh Yeop Hilter. Bakal menemui penonton menerusi slot Cerekarama pada hari Sabtu ini pada pukul 9.00 malam di saluran TV3.

JUDUL : REZA, ARMAN & BILL
TARIKH / MASA : Sabtu, 20 Februari 2016, 9.00 malam
SIARAN : Cerekarama TV3
PENGARAH : Yeop Hilter
TERBITAN : Country & Universal Sdn Bhd
PELAKON : Syafie Naswip, Aedy Ashraf, Fimie Don, Kamarul Hj. Yusuff, Mawar Rashid, Ku Fridah

SINOPSIS REZA, ARMAN DAN BILL
Mengisahkan Reza (21) seorang pemuda yang gilakan bola sepak. Sehariannya tidak lengkap tanpa membincangkan tentang bola sepak. Dia juga seorang pemain amatur yang hebat, terutama bermain futsal. Namun setelah dia cedera, yang mana kecederaan itu telah disengajakan oleh musuhnya, Arman (21), dia tidak mampu untuk bermain lagi. Perasaan untuk terus bermain bola juga lenyap, apatah lagi selalu diganggu oleh Arman dan rakan-rakan yang mengatakan dia seorang kaki bangku. 
Satu hari Reza dibuli teruk sehinggakan seorang pemain bola sepak yang menyedari kejadian tersebut datang menyelamatkannya dan menghadiahkan sepasang kasut bola kepada Reza. Kasut itu dikatakan mampu membantu Reza bermain kembali namun dengan syarat, kasut itu harus dijaga dengan baik dan tidak boleh hilang kerana ia akan menentukan nasib Reza.

GAMBAR PELAKON

Telemovie Reza, Arman dan Bill
Telemovie Reza, Arman dan Bill 
Pelakon Reza, Arman & Bill
Barisan pelakon Reza, Arman & Bill 

You Might Also Like

0 comments

recent posts

Facebook

Follow