Drama Demi Cinta Ain (TV3)

Demi Cinta Ain

Zamriez Golden Pictures bakal membawakan drama terbaharu untuk slot Samarinda berjudul 'Demi Cinta Ain'. Dibintangi pelakon-pelakon terkenal seperti Risteena Munim, Aiman Hakim, Zahirah Macwilson, Nazrief Nazri dan ramai lagi. Drama ini diarahkan oleh Raja Ahmad Alauddin. Nantikan tayangannya bermula 19 April, setiap hari Isnin hingga Rabu, pukul 10.00 malam di TV3.

JUDUL : DEMI CINTA AIN
EPISOD : 15 Episod
TARIKH TAYANGAN : 19 April 2016
HARI / MASA : Isnin-Rabu, 10.00 malam
SIARAN : Slot Samarinda TV3
PENGARAH : Raja Ahmad Alauddin
TERBITAN : Zamriez Golden Pictures Sdn Bhd
PELAKON : Nur Risteena Munim, Aiman Hakim, Nazrief Nazri, Zahirah Macwilson, Nazeera Sardi, Jasmin Hamid, Zizan Nin, Nur Qistina Raisah, Fazli Daniel, Hafiz Bahari, Ridzywan Rizal Ramli, Ayuna Yusof, Razali, Azhar Amir, Fetty Ozul

WATAK PELAKON
Nur Risteena Munim sebagai Ain Maisara
Aiman Hakim sebagai Alif
Nazrief Nazri sebagai Adam
Zahirah Macwilson sebagai Mawar
Nazeera Sardi sebagai Sakinah
Jasmin Hamid sebagai Suraya
Zizan Nin sebagai Ashraf
Nur Qistina Raisah sebagai Hanis
Fazli Daniel sebagai Hakim
Hafiz Bahari sebagai Shah
Ridzywan Rizal Ramli sebagai Mansor
Ayuna Yusof sebagai Zainon
Razali sebagai Pak Mail
Azhar Amir sebagai Yusof
Fetty Ozul sebagai Ramlah

LAGU TEMA / OST DEMI CINTA AIN 
Tajuk : Dikoyak Waktu
Penyanyi : Ronnie Hussein
Video & Lirik : Link

SINOPSIS NALURI BENCINTA 
Mengisahkan perkahwinan Alif (Aiman Hakim) dengan Sakinah (Nazeera Sardi) diuji apabila Sakinah disahkan menghidap kanser. Mereka telah dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Hakim (Fazli Daniel Ali) dan Hanis (Qistina Raisah). Alif semakin tertekan apabila perlu menanggung kos pembiayaan perubatan Sakinah yang tinggi sehinggakan mereka terpaksa menumpang di rumah ibu tiri Sakinah, iaitu Suraya (Jasmin Hamid) yang menjalankan perniagaan restoran terapung. Suraya tidak suka dengan kehadiran Alif sekeluarga menumpang di rumahnya dan seringkali melepaskan kemarahannya pada Hakim dan Hanis apabila dia merasa terbeban kerana perlu menanggung perbelanjaan harian mereka.

Dalam masa yang sama pula, Ain Maisara (Risteena) adik Sakinah kurang senang dengan Alif. Sikap panas baran Aliff yang dilihat sering sahaja memarahi Sakinah walaupun Sakinah dalam keadaan lemah membuatkan Ain bertambah benci kepada Alif. Ain juga berasa tertekan apabila dia dipaksa oleh Suraya untuk bekerja di restorannya sebagai daya penarik supaya lebih ramai pelanggan datang ke restoran mereka.

Dalam kebuntuan memikirkan kesempitan hidup, ketika minum di sebuah warung, Alif terpandang seorang pelanggan wanita tertinggal beg tangannya. Alif hilang pertimbangan, dia mengambil beg tangan tersebut dengan menyembunyikan di sebalik jaket yang dipakainya. Pada mulanya Alif serba salah untuk mengambil duit di dalam beg tangan tersebut tetapi mengenangkan ungkitan Suraya yang sering merungut kerana terpaksa menanggung Alif sekeluarga, akhirnya Alif mengambilnya. Perbuatan Alif itu akhirnya membawa padah apabila dia tertangkap dan dipenjarakan.

Tanpa Suraya dan Ain sedar, Alif sebenarnya telah banyak berkorban demi menjaga dan membiayai kos rawatan Sakinah. Alif telah menjual lorinya kepada Ashraf (Zizan Nin) untuk mendapatkan duit, kemudian terpaksa pula bekerja dengan Ashraf untuk meneruskan hidupnya. Semua kesusahan itu dirahsiakan oleh Alif, cuma Mawar (Zahirah Macwilson) rakan baik Sakinah yang tahu semua pengorbanan Alif. Apabila mengetahui kebenaran itu, terdetik perasan cinta di hati Ain terhadap Alif namun terhalang oleh perancangan Suraya yang mahukan Ain berkahwin dengan Ashraf yang kaya itu. Ain juga buntu memikirkan akan perihal Adam (Nazrief Nazri) yang turut menyimpan perasaan terhadapnya.

GAMBAR PELAKON
Demi Cinta Ain

Pelakon Demi Cinta Ain
Pelakon drama  Demi Cinta Ain
Demi Cinta Ain 2016
Pelakon lain
Naluri Bencinta
Tajuk awal Naluri Bencinta sebelum ditukar kepada Demi Cinta Ain
Pelakon Demi Cinta Ain TV3
Barian pelakon utama