Mentor Milenia (TV3)

15:23:00

Mentor Milenia

Rancangan realiti Mentor kembali untuk musim terbaru dengan konsep yang lebih muda. Menampilkan barisan mentor muda iaitu Akim, Hazama, Azlan, dan Black untuk membimbing protege pilihan mereka menjadi seorang bintang. 

Mentor Milenia bakal disiarkan bermula 3 Januari 2016, setiap Ahad jam 9 malam. Dihoskan oleh Issey Fazlisham dari kumpulan Titan dan Marsha Milan Londoh.

Episod pertama akan memaparkan kerenah dan ragam peserta yang hadir ketika sesi uji bakat yang telah dilakukan pada Disember lepas. Pada minggu seterusnya pula akan berlangsung pula dua konsert pengenalan yang mana tiga peserta pilihan mentor akan berentap untuk merebut dua tempat protege bagi mentor masing-masing. Selepas itu, lapan protege yang berjaya akan bertanding dalam lima konsert mingguan untuk melayakkan diri ke peringkat akhir.

Mentor Milenia bakal diadakan di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral dan disiarkan secara langsung menerusi saluran TV3 pada setiap hari Ahad jam 9 malam. Penonton juga turut berpeluang melihat aktiviti mentor dan protege menerusi ‘Jurnal Mentor Milenia’ yang akan disiarkan bermula 10 Januari, setiap Ahad jam 6.02 petang. Penonton yang terlepas menyaksikan program ini masih boleh menontonnya melalui laman sesawang Tonton di www.tonton.com.my.

SENARAI PESERTA MENTOR MILENIA

Mentor : Hazama
1. Muhammad Fareez Hazwan, 18, 
2. Nurul Amira Mat Nasir, 20 
3. Iqbal Jaafar, 20

Mentor: Azlan Typewriter
Sharifah Nurilmuhayati Syed Hussain, 17
Nur Izzati Mohd Rashid, 21
Siti Wan Ainnur Mohd Redzuan, 17

Mentor : Akim 
Muhammad Afeeq Farhan Zulkifli, 20
Nur Saheeba Raja Iftikhar Ahmed Khan, 20
Yusmeerunafishah Yusof, 20

Mentor : Black
Nurul Syazwanie Mohd Basri, 21
Rossaidi Abdul Rani, 21
Ridzuan Haqiem Rusli, 17

You Might Also Like

0 comments

recent posts

Facebook

Follow