Drama Married Tapi Benci (TV3)

Married Tapi Benci

Drama baru mengisi slot Lestary berjudul Married Tapi Benci bakal menemui penonton selepas tamatnya drama Cinta Teruna Kimchi. Menampilkan gandingan baru Shafiq Kyle dan Azira Shafinaz sebagai pelakon utama. Drama ini diarahkan oleh Ahmad Idham dibawah produksi AIFA Motion Pictures Sdn Bhd. Nantikan tayangannya bermula 26 Februari 2016, pada setiap hari Rabu hingga Jumaat jam 9.00 malam di TV3.

JUDUL : MARRIED TAPI BENCI
EPISOD : 13 episod
TARIKH: 26 Februari 2016
HARI / MASA : Rabu-Jumaat / 9.00 malam
SIARAN : Lestary TV3
PENGARAH : Ahmad Idham
TERBITAN : AIFA Motion Pictures Sdn Bhd
PELAKON : Shafiq Kyle, Azira Shafinaz, Mustaqim Bahadon, Zalif Sidek, Cat Farish, Badrul Muhayat, Isyariana Hanarose,  Amylia Nastasha, Cyiera Saad , Nor Albaniah, Shamini Malini

WATAK PELAKON
Shafiq Kyle sebagai Kamal
Azira Shafinaz sebagai Rina
Mustaqim Bahadon sebagai Danial
Zalif Sidek sebagai Ady
Isyariana Hanarose sebagai Syiera
Cat Farish  sebagai Daddy Joe
Amylia Nastasha  sebagai Syiera
Cyiera Saad sebagai Salina

LAGU TEMA / OST MARRIED TAPI BENCI 
Lagu : Elok Elok
Artis  :Othello feat Cat Farish & Tiga Swagger
Video & Lirik : LINK

SINOPSIS MARRIED TAPI BENCI
Mengisahkan kisah cinta dua remaja yang terpaksa berkahwin di usia muda akibat diperangkap orang ketiga. Kamal (Shafiq Kyle) merupakan pelajar kolej yang digilai ramai dan seorang pelumba basikal yang sering menjuarai kejohanan. Kehadiran pelajar baharu di kolej iaitu Rina (Azira Shafinaz) dengan menaiki motor berkuasa tinggi telah menarik minat Kamal untuk cuba memikat ditambah lagi Rina turut mempunyai raut wajah yang jelita. Namun, Rina dengan perwatakkan yang sedikit kasar dan benci dengan lelaki akhirnya telah memalukan Kamal di hadapan ramai pelajar lain. Terselit satu rahsia di mana sikap kasar Rina itu adalah sebagai tanda protes kerana ayahnya berkahwin dengan seorang gadis muda setelah kematian ibunya.

Rina pula semakin rapat dengan Daniel (Mustaqim Bahadon), musuh ketat Kamal yang turut ingin bersaing dengan Kamal. Walaupun Kamal tidak suka kepada Rina, tetapi Kamal tidak mahu Rina terperangkap dengan sikap Daniel hanya pandai mengambil kesempatan ke atas wanita. Satu hari, Kamal mengenakan Daniel dengan memutuskan brek motor Daniel tetapi malangnya, Rina yang menjadi mangsa kerana dia bertukar motor dengan Daniel.

Kamal merasa bersalah namun takut untuk mengakui kesalahannya sehinggalah dia melawat Rina di hospital. Hubungan mereka mulai rapat setelah mengetahui kisah sebenar Rina yang membuatkan dia sedikit memberontak. Daniel pula menyimpan dendam dengan memerangkap mereka berdua sehingga ditangkap khalwat. Ibu bapa mereka bersetuju untuk mengahwinkan mereka berdua sebagai jalan untuk mereka belajar untuk menjadi lebih bertanggungjawab untuk masa depan mereka.

Walaupun berkahwin, mereka masih lagi meneruskan aktiviti lasak dan tidak begitu peduli dengan urusan di antara satu sama lain. Kamal masih lagi dengan basikalnya, begitu juga Rina yang sering bersama dengan teman rapatnya. Tetapi dalam tidak sedar, mula muncul perasaan sayang antara Kamal dan Rina. Daniel masih lagi tidak berpuas hati dan ingin menghancurkan kebahagiaan mereka dengan melakukan pelbagai muslihat demi melunaskan dendam yang masih lagi terpalit di hati.

Berjayakah Daniel meruntuhkan rumah tangga yang baru sahaja ingin berkembang mekar? 

GAMBAR PELAKON

Married Tapi Benci

Married Tapi Benci tv3
Barisan pelakon utama
Pelakon Married Tapi Benci
Nantikan Married Tapi Benci di slot Lestary TV3
Married Tapi Benci 2016
Pelakon drama Married Tapi Benci
MarriedTapiBenci TV3
Kamal dan Rina
Married Tapi Benci Lestary tv3
Pelakon lain
Pelakon Married Tapi Benci
Kisah percintaan dan aktiviti sukan