,

Drama Isteri vs Tunang (Astro)

18:30:00

Isteri vs Tunang

Drama terbaru adaptasi novel Isteri Vs Tunang karya Aisya Azahar akan menggantikan drama Sha & Shah di Astro Ria. Menampilkan lakonan Hisyam Hamid, Scha Al-Yahya, Sharifah Sakinah, Azrel Ismail dan ramai lagi. Drama ini diarahkan oleh Michael Ang, dibawah produksi Cube Film Sdn Bhd. Saksikan Isteri vs Tunang mulai 1 Februari ini, bersiaran setiap hari Isnin hingga Khamis jam 10 malam menerusi saluran Astro Ria 104 dan Astro Ria HD 123. 

JUDUL : ISTERI VS TUNANG
EPISOD : -
TARIKH / MASA : 1 Februari 2016 (Isnin - Khamis 10.00 malam)
SIARAN : Astro Ria & Ria HD
NOVELIS : Aesya Azahar
SKRIP : Ayuni Zamani
PENGARAH : Michael Ang
TERBITAN : Cube Film Sdn Bhd
PELAKON : Hisyam Hamid, Scha Al-Yahya, Sharifah Sakinah, Azrel Ismail, Lia Natalia, Nina Nadirah, Liza Abdullah, Shah Rezza, Natasha Elyzza, Mustapha Kamal, Sharifah Shahora, Fahad Iman, Ajeera Rosli, Zalfa Zin, Roy Azman, Nadya Syahera

WATAK PELAKON
Hisyam Hamid sebagai Zaim Azfar
Scha Al-Yahya sebagai Alana Sofea
Sharifah Sakinah sebagai Amira Irdina
Azrel Ismail sebagai Irfan Fakhrul  (Cousin Putri)
Lia Natalia sebagai Putri
Nina Nadirah sebagai Mia
Liza Abdullah sebagai Alana Mama
Shah Rezza sebagai Papa Dahlan
Natasha Elyzza sebagai Sara
Sharifah Shahora sebagai Puan Sri Linda
Fahad Iman sebagai Zain Aryan
Ajeera Rosli sebagai Diana
Nadya Syahera sebagai Anissa

LAGU TEMA / OST ISTERI VS TUNANG
Lagu : Pencuri Hati
Artis : Ayda Jebat
Video & Lirik : Link

SINOPSIS ISTERI VS TUNANG
Insiden yang berlaku dengan Zaim, seorang lelaki yang angkuh di mata Alana membangkitkan kemarahan gadis itu lantas tanpa berfikir panjang telah mencabar lelaki itu untuk mengahwininya. Demi ego seorang lelaki,Zaim menyahut cabaran itu. 

Kehadiran Irfan Fakhrul dirasakan tepat pada waktunya. Dengan bantuan lelaki itu, Alana meminta dia menyamar sebagai kekasihnya dan berjumpa dengan orang tua Alana bagi membatalkan pertunangan antara Alana dan Zaim. Bantahan daripada Encik Dahlan menyebabkan Alana terpaksa akur untuk mengahwini Zaim demi menjaga nama baik dua keluarga. Setelah berasa puas kerana dapat menyahut cabaran Alana, Zaim kembali menjalinkan hubungan dengan Amira Irdina, bekas tunangnya.

Bagaimanakah kesudahan hubungan Alana dan Zaim? Mampukah bahtera yang didirikan atas dasar ego dan tanpa cinta berkekalan? Atau berjayakah Amira menyingkirkan Alana dari kehidupan Zaim? Siapakah sebenarnya orang ketiga? Amira? Alana? Antara isteri vs tunang. Yang manakah akhirnya menjadi pilihan?

GAMBAR PELAKON

Pelakon Isteri vs Tunang
Pelakon utama drama Isteri vs Tunang
Isteri vs Tunang astro ria
Zaim Azfar dan Alana Sofea
drama Isteri vs Tunang
barisan pelakon
ost isteri vs tunang
Lagu tema dinyanyikan oleh Ayda Jebat

You Might Also Like

0 comments

recent posts

Facebook

Follow