Cintaku Terkail (TV9)

Cintaku Terkail

Saksikan telefilem Cintaku Terkail lakonan Ammar Titan, Isey Titan, dan Reen Rahim. Sebuah telefilem terbitan Jutaan Ringgit Sdn Bhd diarahkan oleh Nazir Jamaluddin. Akan disiarkan pada hari Isnin nanti, 11 Januari jam 8.30 malam dalam slot Skrin Di 9 saluran TV9.

JUDUL : CINTAKU TERKAIL
TARIKH / MASA : Isnin, 11 Januari 2016, 8.30 malam
SIARAN : Skrin di 9 (TV9)
PENGARAH : Nazir Jamaluddin
TERBITAN : Jutaan Ringgit Sdn Bhd
PELAKON : Ammar Titan, Isey Titan, Reen Rahim, Mat Over, Kay Maria, Bell Ngasri, Mat Over, Lan Siro.

SINOPSIS CINTAKU TERKAIL
Mengisahkan tentang percubaan Lan dan Amer (Ammar dan Issey Titan) dalam memikat hati anak Pak Maun (Mat Over), Wani (Reen Rahim) seorang gadis yang paling cantik di kampungnya. Namun, pemisah antara mereka hanyalah bapa Wani, Pak Maun yang tidak akan menerima mereka kerana menganggap mereka tidak dapat menjamin masa depan anaknya.

Walau bagaimanapun, Lan dan Amer tidak akan berhenti sehinggalah mereka mendapat idea untuk menyelinap masuk ke kolam ikan Pak Maun setiap malam untuk mengail ikan dan menjual ikan-ikan itu di pasar. Perbuatan mereka ini berlanjutan beberapa hari dan mereka berjaya mendapat perhatian Pak Maun dengan kejayaan mereka memperoleh keuntungan yang banyak. Sehinggalah satu hari sedang mereka asyik mengail, mereka tergelincir ke dalam kolam dan tersangkut pada jaring.

Apakah yang akan terjadi pada Lan dan Amer apabila ditemui Pak Maun siang kelak? Dapatkah mereka memenangi hati Wani akhirnya?