Drama Cinta Si Wedding Planner (TV3)

Cinta Si Wedding Planner

Drama terbaru adaptasi novel Cinta Si Wedding Planner karya Dhiyana akan disiarkan dalam slot Akasia TV3. Gandingan pelakon meningkat naik, Mira Filzah dan juga Adi Putra sebagai pelakon utama. Drama terbitan Primeworks Studios Sdn Bhd dibawah arahan Along Kamaludin. Drama ini akan mula ditayangkan pada 30 Disember 2015, pada setiap hari Isnin hingga Khamis jam 6.58 petang menerusi slot Akasia TV3.

JUDUL : CINTA SI WEDDING PLANNER
EPISOD : 28 Episod
TARIKH / MASA : 30 Disember 2015 / Isnin-Khamis, 6.58 petang
SIARAN : Slot Akasia TV3
SKRIP : Mufid Suhaimi
PENGARAH : Along Kamaludin
TERBITAN : Primeworks Studios Sdn Bhd
PELAKON : Mira Filzah, Adi Putra, Fadlan Hazim, Ikhlas Jalil, Rosnah Johari, Idris Mat Diah, Mitilda, Airis Yasmin, Dian P Ramlee, Shiqin Kamal, Elvina, Hanif Safuan, Azzam Zamani, Aisyah, Wan Sharmila, Ir's Mikhail, Diyana Fauzii

WATAK PELAKON
Mira Filzah sebagai Izara Batrisya
Adi Putra sebagai Fariz Adryan
Fadlan Hazim sebagai Ikmal Bazli
Ikhlas Jalil sebagai Heykal
Rosnah Johari sebagai Mak Lang
Idris Mat Diah sebagai Pak Lang
Mitilda sebagai Nana
Airis Yasmin as Nadrah
Dian P Ramlee sebagai Puan Marina
Shiqin Kamal sebagai Shira / Nadia
Elvina sebagai Dayana
Hanif Safuan sebagai Hakimi 
Azzam Zamani sebagai Mikhail 
Aisyah sebagai Aliyah
Wan Sharmila as Dina
Ir's Mikhail as Naufal

LAGU TEMA / OST CINTA SI WEDDING PLANNER
Lagu : Takkan Pergi
Penyanyi : Hyper Act

Lagu : Kekal Bahagia
Penyanyi : Ippo Hafiz

Video & Lirik : Link

SINOPSIS CINTA SI WEDDING PLANNER
Izara Batrisya (Zara), si wedding planner, tidak menduga cinta yang disulam bersama sepupunya, Bazli selama 4 tahun musnah kerana sebuah hakikat. Dalam hati Zara ketika itu, hanya ada Bazli, sepupunya sendiri. Namun Zara dan Bazli tidak pernah menyangka bahawa jodoh sebenarnya bukan milik mereka berdua. Kasih mereka yang selama ini dirahsiakan daripada pengetahuan Mak lang dan Pak Lang hancur si tengah jalan. Fariz Adryan (Fariz), pula bekas tentera laut pernah dicurangi Shirah, kekasih yang hampir menjadi tunangannya, sehingga tertutup pintu hati untuk sebarang wanita. 

Keperibadian Zara memikat hati Puan Marina, salah seorang pelanggannya. Memandangkan Zara sebatang kara di KL, lantas Zara dijadikan anak angkat oleh Puan Marina yang telah mempunyai 4 orang anak. Pertemuan Fariz dan Zara kerana berebutkan tempat parkir telah mendatangkan satu perasaan kepada Fariz. Lebih menarik lagi, Fariz adalah anak kedua Puan Marina. Maka pertemuan demi pertemuan berlangsung antara mereka tanpa disedari mengukuhkan lagi perasaan Fariz terhadap Zara .

Mengetahui Zara cuba bangkit dari luluh kecewa cinta terhalangnya dan demi melindungi Zara dari terus-terusan diganggu Bazli, Fariz nekad menghulur tangan bagi memimpin Zara ke masa hadapan dalam sebuah ikatan perkahwinan. Puan Marina, mama Fariz yang berkenan akan keperibadian Zara terus menghantar pinangan hingga terjalinnya ikatan suci antara Zara dan Fariz. Zara rela menerima walau hatinya belum wujud getaran cinta buat Fariz. Fariz yang tidak pernah putus asa untuk mencuba, akhirnya berjaya. Hati Zara kini miliknya.

Fariz dan Zara hidup bahagia selepas berjaya melepasi tempoh penyesuaian mereka. Fariz yang baran, moody dan beku berubah menjadi romantik dan penyayang. Sementara itu, Zara pula mencuba menjadi isteri terbaik buat suaminya yang tercinta. Pada saat bahagia mula bersemi, cinta pertama Fariz kembali muncul menagih kasih. Zara menerima ugutan meminta dia meninggalkan Fariz. Sementara Shirah pula datang merayu untuk kembali kepada Fariz. Fariz menjadi tertekan sehingga mengabaikan Zara dan kembali menjadi mudah baran. Fariz silap percaturan dalam usaha menyelamatkan rumahtangganya hingga akhirnya tercetus perbalahan antara mereka hinggakan Zara menuntut perceraian dan membawa diri ke bumi Auckland.

Dengan bantuan Bazli, Zara dan Fariz kembali bersatu tetapi ancaman yang lebih hebat datang mengancam rumahtangga mereka. Kegilaan dan obsesi Shira makin tidak terkawal sehingga nyawa Zara dan kandungannya menjadi taruhan. Apakah tindakan Fariz? Akankah bahagia menjadi milik Zara? 

GAMBAR PELAKON

Cinta Si Wedding Planner

Cinta Si Wedding Planner
Pelakon utama Adi Putra dan Mira Filzah
Cinta Si Wedding Planner 2016
Fariz Adryan dan Izara Batrisya
Cinta Si Wedding Planner 001
Fadlan Hazim melakonkan watak Ikmal Bazli 
Drama Cinta Si Wedding Planner
Bazli, Zara, Fariz
Pelakon Cinta Si Wedding Planner
Antara pelakon dalam drama Cinta Si Wedding Planner
Cinta Si Wedding Planner 002
Gambar pelakon lain
Cinta Si Wedding Planner 003
Si Wedding Planner
Cinta Si Wedding Planner Kahwin
Dua merpati sejoli diatas pelamin