Drama Cinta Hati Abah (TV3)


Orangetree Production Sdn Bhd mempersembahkan drama terbaru berjudul 'Cinta Hati Abah' yang bakal mengisi slot Samarinda TV3. Drama arahan Azmi Hatta ini dibintangi oleh Zara Zya, Nonny Nadirah, Esma Dainal, Sweet Farhana, adik Nor Zara Sophia, Afiq Muiz, Idris Khan dan ramai lagi. Nantikan kemunculan mereka mulai 20 Januari 2015, pada setiap hari Isnin hingga Rabu jam 10 malam di TV3

JUDUL : CINTA HATI ABAH
EPISOD : 15 episod
TARIKH / MASA : 20 Januari 2016 (Isnin-Rabu, 10.00 malam)
SIARAN : Slot Samarinda TV3
SKRIP: Zarihah Hassan
PENGARAH : Azmi Hatta
TERBITAN : Orangetree Production Sdn Bhd
PELAKON : Esma Daniel, Zara Zya, Nonny Nadhirah, Sweet Farhana, Afiq Muiz, Ben Amir, Idris Khan, Laila Nasir, Nor Albaniah,Norzara Sophia, Razak Ahmad, Mimi Ernida

WATAK PELAKON
Esma Daniel sebagai Pak Salleh
Zara Zya sebagai Intan
Nonny Nadirah sebagai Baizura
Farhana Qismina sebagai Zaharah
Nor Zara Sophia sebagai Zaharah (kanak-kanak)
Afiq Muiz sebagai Marzuki
Razak Ahmad sebagai En. Jalil
Laila Nasir sebagai Che Gayah
Azman Jantan sebagai Yamin
Nor Albaniah sebagai Maimon
Idris Khan sebagai Ikmal
Suzanne sebagai Cikgu Ramlah
Hadi Nawawi sebagai Mail
Ben Amir sebagai Fikri 

SINOPSIS CINTA HATI ABAH
Kisah seorang nelayan, Pak Salleh (Esma Daniel) yang kematian isteri, dikurniakan tiga orang cahaya mata, kesemuanya anak perempuan.

Anak yang sulung, Baizura (Nonny Nadirah) merupakan pelajar pintar dan mempunyai masa depan yg cerah, juga menjadi harapan Pak Salleh, melihat Baizura ke menara gading. Walaupun Baizura pelajar pintar, namun dia agak materialistik, bercinta dengan Marzuki (Afiq Muiz), anak kepada Tokey keropok, En. Jalil (Razak Ahmad) dan Che Gayah (Laila Nasir).

Anak kedua Pak Salleh, Intan (Zara Zya) juga pelajar cemerlang dan amat sayangkan ayahnya, serta adiknya, Zaharah (Nor Zara Sophia) serta lebih merendah diri berbanding kakaknya.

Anak bongsu Pak Salleh, Zaharah, di bawa oleh Zaharah (kecil lakonan Nor Zara Sophia) dan  Zaharah (dewasa lakonan Sweet Farhana) juga anak yang pintar dan cemerlang, hingga dapat menyambung pengajian ke luar negara.

Maimon (Noralbaniah) merupakan adik sepupu kepada Pak Salleh, dan isteri kepada Yamin (Azman Jantan) , seorang yang mempertahankan keluarga Pak Salleh.

Intan (Zara Zya) juga rapat dengan Ikmal (Idris Khan), anak kepada Cikgu Ramlah (Suzanne), yang sering mengambil berat tentang Intan.

Diselit dengan watak Mail (Hadi Nawawi) yang juga pekerja En. Jalil (Razak Ahmad) dan Che Gayah (Laila Nasir) yang akan memberi impak dalam kisah ini.

Milah (Liza Zain) merupakan pemilik kedai makan, mempunyai seorang anak lelaki yang lurus bendul, Fikri (Ben Amir) sering membantu Intan dan menjaga Zaharah.

GAMBAR PELAKON

Cinta Hati Abah

Cinta Hati Abah tv3
Intan dan Ikmal
Drama Cinta Hati Abah
Keluarga Pak Salleh
Pelakon Cinta Hati Abah
Pelakon veteran dalam Cinta Hati Abah
Gambar Cinta Hati Abah
Gambar pelakon lain
Cinta Hati Abah 2016
Barisan pelakon